Sweet Followers


Cik Qaseh Visitors

AmazingCounters.com

11 Jun 2014

Strategi, Kaedah dan Teknik untuk kanak-kanak berkeperluan khas (Autism)


::Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai hak untunk mendapatkan pendidikan yang sempurna. Menurut Barber dan Holdbart (1998), strategi penilaian yang berbeza diperlukan dalam mengajar kanak-kanak berkeperluan khas dalam menentukan keberkesanan pengajaran. Sebagai seorang guru yang peka terhadap keperluan murid, guru perlu meneliti pendekatan pengajaran yang sesuai bagi merancang pengajaran.

Antara strategi ataupun kaedah yang boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah seperti :

Melaksanakan penngajaran menggunakan auditori atau visual

Gaya pengajaran auditori in imerupakan cara pengajaran yang menekankan pendekatan perkataan dan arahan lisan. Murid perlu mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Di samping itu, melalui pengajaran gaya auditori ini, murid akan mengukuhkan ingatan mereka dengan mendengar semula rakaman pita audio. Selain kaedah auditori, kaedah visual dengan menggunakan foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat boleh membantu kanak-kanak ini meluahkan perasaan mereka. Dengan mengenal pasti perasaan mereka, emosi dan perasaan mereka tidak akan mempengaruhi tingkah laku mereka untuk cenderung ke arah negatif seperti memukul dan mencederakan orang lain.

Kaedah pemudahcaraan

Kaedah ini lebih menitikberatkan peranan murid dalam pembelajaran di mana guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan. Dengan kaedah pemudahcaraan ini juga, guru dapat menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang jelas. Oleh itu, guru boleh memberikan aktiviti yang lebih mencabar kanak-kanak ini tetapi guru perlu bertindak sebagai pemudahcara sehingga kanak-kanak tersebut dapat melaksanakan aktiviti tersebut dengan sendiri.

Kaedah tunjuk cara

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur. Di samping itu, kaedah ini juga dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

Kaedah peneguhan positif

Pemberian peneguhan boleh terbahagi kepada dua iaitu peneguhan positif dan juga peneguhan negatif. Pemberian peneguha in bergandung kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut. Peneguhan positif biasanya diberikan untuk memberi pengukuhan terhadap tingkah laku yang baik dan positif agar kanak-kanak tersebut akan terus melakukan tindakan tersebut. Manakala peneguhan negatif pula diberikan untuk menyingkirkan atau menghilangkan tingkah laku yang tidak sesuai ataupun tidak baik. peneguhan negatif adalah seperti pengasingan, time-out, shaping dan sebagainya. Pemberian positif pula akan membuatkan kanak-kanak berasa seronok menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara peneguhan positif yang boleh digunakan adalah seperti pujian, tepukan, ganjaran, token dan sebagainya.

Main sambil belajar

Teknik ini merupakan aktiviti yang dijalankan secara spontan dan menyeronokkan yang membawa kepada pembelajaran. Main adalah ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan. Dengan kaedah ini juga, ia mampu menarik minat dan perhatian murid-murid terhadap aktiviti penngajaran dan pembelajaran. Selain menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu aktiviti yang seronok, ia juga mampu merangsang motivasi belajar kesan daripada keseronokan bermain. Antara jenis permainan dalam pengajaran ialah permainan manipulatif, fizikal dan permainan bahasa.

Kaedah simulasi

Kaedah ini merupakan gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kaedah ini juga merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.

Strategi  pengajaran mediatif

Strategi pengajaran mediatif ini boleh digunakan dengan berbantnukan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan simbol-simbol grafik yang menarik dapat membantu kanak-kanak ini mengingat dan menyokong pemahaman mereka terhadap pengajaran. Di samping itu berbantukan komputer, kanak-kanak ini juga boleh menggunakan rakaman suara dan mengulangi rakaman yang telah didengari.

Kaedah koperatif

Kaedah ini menekankan pelaksanaan aktiviti berkumpulan. Dengan kaedah ini, guru dapat memberikan peluang dan laluan serta galakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bertutur di samping menambahkan perbendaharaan kata. 

Gabungjalin pelajaran dengan muzik

Kaedah ini dikatakan mampu membantuk kanak-kanak berkeperluan khas supaya lebih berkeyakinan dan mampu berinteraksi dengan menggabungkan penngajaran dengan muzik, nyanyian dan tariain. Misalnya, kanak-kanak autisme mempunyai bakat mereka yang tersendiri. Dengan kaedah ini, murid-murid akan berasa seronok menjalani sesi pengajaran.

Kaedah Multi Sensori

Kaedah ini digunakan untuk merangsang minda kanak-kanak berkeperluan khas melalui lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa. Kaedah ini membantu  merangsang pemikiran kanak-kanak tersebut. Apabila mereka memegang, merasa, menghidu, mendengar dan melihat, ini akan memberi tindak balas bagi semua deria ini.




4 comments:

Leave Your Link :) Jom Blogwalking!