Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah khususnya prasekolah amatlah digalakkan. Ia merupakan salah satu elemen yang sangat penting bagi membantu pelaksanaan kurikulum di prasekolah. Pengibatan ibu bapa dan komuniti ini membawa kepada permuafakatan bersama guru dan akhirnya dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid-murid dari semasa ke semasa. Ibu bapa merupakan pihak yang terdekat dengan anak-anak di rumah. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan prasekolah ini memberi kesan yang positif kepada anak-anak mereka kerana pendidikan bukan sahaja boleh diperolehi daripada guru di sekolah tetapi ia juga berterusan sehingga di rumah.
Di samping itu, murid-murid prasekolah juga mempunyai pelbagai ragam tingkah laku yang berbeza-beza dan ini perlu ditangani oleh guru. Dengan penglibatan ibu bapa ini, penguasaan ilmu pengetahuan dari aspek perkembangan kanak-kanak dan latar belakang keluarga dapat membantu masalah mendidik yang dihadapi oleh guru.
Teoritikal Perspektif Mengenai Keluarga
::ATTACHMENT / SANGKUTAN::
Attachment atau sangkutan adalah suatu hubungan yang rapat di mana bayi atau kanak-kanak berasa disayangi dan selamat seterusnya membentuk rasa percaya dalam diri kanak-kanak tersebut. Mary Ainsworth (Santrock, 2007) dalam buku Perkembangan Kanak-kanak yang ditulis oleh Haliza Hamzah menyatakan bahawa respon yang cepat dan menenangkan bayi semasa bayi menangis akan membina hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dengan bayinya. Attachment atau sangkutan ini juga merujuk kepada kesukaran seseorang kanak-kanak untuk berjauhan buat beberapa ketika dengan ibu bapa ataupun orang terdekat. Contohnya, seorang kanak-kanak yang dijaga oleh ibu bapa angkat sejak kecil lagi dan kemudian diambil oleh ibu bapa kandungnya akan mengalami tekanan emosi. Hal ini kerana attachment dengan ibu bapa angkatnya lebih kuat yang menjaganya sejak kecil. Masalah-masalah seperti perceraian ibu bapa, kematian dan tinggal berjauhan juga boleh menghalang attachment. Walau bagaimanapun, attachment atau sangkutan yang melampau akan menyebabkan kanak-kanak suka merajuk, memencilkan diri atau meminta ibu bapa menemai di sekolah.
::Ciri-ciri pembentukan sangkutan::
- Ibu kepada bayi yang membentuk sangkutan yang selamat dan lebih responsif kepada keperluan bayi semasa 3 bulan pertama.
- Ibu bersikap konsisten dalam bertindak balas kepada keperluan bayi.
- Ibu bapa biasanya akan menyesuaikan tingkah laku mereka dengan mengambil kira reaksi dan kerenah bayi.
- Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal menyediakan keprihatinan yang sensitif dan responsif terhadap keperluan dan harapan bayi.
::Prinsip Pembentukan Attachment (sangkutan) Teori Etologi Sangkutan Bowly::
- Tingkah laku sangkutan di kalangan bayi adalah merupakan tingkah laku yang berdasarkan kepada tingkah laku naluri dan evolusi manusia yang telah diprogramkan secara semula jadi.
- Sangkutan di kalangan manusia tidak hanya bergantung kepada keperluan bayi untuk makan atau menyusu semata-mata.
- Bayi membentuk sangkutan dengan orang-orang yang berinteraksi dengan mereka secara kerap.
- Di kalangan manusia kehidupan tahun pertama adalah masa yang paling kritikal dalam pembentukan sangkutan.
- Bayi akan lebih membentuk tingkah laku sangkutan terhadap seorang manusia iaitu ibu kerana ibu lebih berpengaruh.
- Semasa tiga tahun pertama seorang bayi sangkutan membina hubungan dua hala antara ibu dengan anak.
- Apabila anak membentuk sangkutan dengan ibu beliau akan membentuk model bekerja dalaman mengikut ibu mereka.
- Sangkutan anak-anak dengan ibu berbeza dari segi keselamatan bayi membentuk sangkutan yang selamat sekiranya ibu bertindak balas kepada keperluan mereka.
- Sangkutan yang selamat membentuk kesan yang positif terhadap perkembangan hidup bayi.
::AUTONOMI::
Menurut Teori Perkembangan Erikson, automi ini dapat dilihat pada peringkat 2 hingga 3 tahun iaitu autonmi lawan rasa malu atau sangsi. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami bahawa mereka boleh mengawal tindakan mereka. Mereka menyedari bahawa setiap perlakuan yang mereka buat adalah tindakan mereka sendiri dan bukannya orang lain. Ini bermakna kanak-kanak tersebut sudah mempunyai autonomi ke atas diri mereka. Pada peringkat ini juga kanak-kanak menunjukkan autonomi untuk berdikari. Mereka mempunyai keinginan untuk bertindak secara bebas. Mereka juga ingin melakukan sesuatu tanpa bantuan atau bergantung dengan orang lain. Walau bagaimanapun, kanak-kanak akan berasa ragu-ragu terhadap kebolehan mereka. Tingkah laku yang diterima akan menyebabkan kanak-kanak berasa yakin terhadap perlakuan mereka. Namun, mereka akan berasa malu dan takut jika tingkah laku mereka tidak diterima. Oleh itu, ibu bapa yang suka menggalakkan anak-anakmereka untuk berdikari dan menerokai alam sekeliling membolehkan anak-anak mereka mempunyai keyakinan yang tinggi. Sebaliknya jika ibu bapa lebih suka mengongkong dan melarang anak-anak mereka melakukan sesuatu, kanak-kanak tersebut akan menjadi seorang pemalu, ragu-ragu dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
::Menangani Isu Pengawalan::
Ibu bapa sering menggunakan perkataan "jangan" jika mereka melarang anak mereka melakukan sesuatu. Ibu bapa juga kurang memberi alasan kenapa tidak boleh melakuakn sesuatu tindakan itu. Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang suka menakut-nakutkan kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut tidak melakuakna sesuatu tindakan. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut hilang keyakinan diri dan lebih suka bergantung kepada orang lain. Dalam isu pengawalan ini, konsep pengawalan dilihat sebagai sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam mengawal tingkah laku anak-anak mereka.
::Menangani Pengekalan::
Terdapat beberapa langkah untuk membantu kanak-kanak mengekalkan autonomi terhadap diri mereka:
- Memberi hadiah dan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku kanak-kanak. Ini dapat membantu mereka mengekalkan tingkah laku yang positif dan dingini. Konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak ke arah penyesuaian diri. Ini termasuk penghargaan kendiri, penerimaan dan penolakan diri. Jika seseorang kanak-kanak merasi kurang penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, kanak-kanak tersebut akan mengalami perasaan penolakan diri.
- Kanak-kanak yang dapat mengekalkan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai sikap yang positif, sanggup berusaha hingga dapat menyempurnakan tugasannya, dapat menyerlahkan bakat dan kebolehannya. Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang sederhana, mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam mengambil keputusan tepat. Manakala kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah biasanya bersikap rendah diri, curiga, tidak mampu membuat keputusan, tidak dapat bertinteraksi dengan berkesan dan sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada kebolehan sendiri. Kanak-kanak yang memberi banyak alasan untuk menolak tugasan telah mempamerkan tindakan atau taktik yang menunjukkan mereka mempunyai konsep kendiri yang rendah dan banyak alasan.
- Dalam pengekalan tingkah laku yang positif guru perlu memberi perhatian yang sewajarnya seperti dorongan dan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Terdapat banyak aktiviti yang boleh mengekalkan tingkah laku positif. Perkara yang utama perlu dilakukan oleh guru ialah memberi dan menikmati pengalaman kejayaan bersama kanak-kanak. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak menjadi pemimpin atau mengambil bahagian dalam aktiviti seperti main peranan, simulasi, permainan dalam kumpulan dan sebagainya.
- Semua kanak-kanak perlu merasa bangga terhadap diri mereka dan keluarganya. Mereka perlu merasa dirinya dihargai dan merasa berkebolehan dan dapat mencapai sesuatu. Mereka perlu merasa selamat dan yakin kepada diri sendiri.
::INISIATIF::
Inisiatif merujuk kepada daya usaha atau gerak pertama. Ia juga bermakna bercita-cita dan bersemangat. Ini menunjukkan kanak-kanak mempunyai tujuan untuk hidup. Kanak-kanak lazimnya mempunyai sikap kurang sabar dalam melakukan sesuatu tugasan yang baru, menyertai aktiviti bersama rakan sebaya dan menemui sesuatu aktiviti yang boleh mereka lakukan dengan bantuan orang dewasa.
::Perkembangan konflik::
Apabila kanak-kanak inisiatif kanak-kanak meningkat, mereka akan mula bersikap berdikari untuk meneroka persekitaran mereka dan mempelajari kemahiran baru. Kanak-kanak akan suka bertanya banyak soalan dan sentiasan inginkan penjelasan tentang apa yang berlaku. Kanak-kanak juga selalunya bedasa dalam suasana konflik. Misalnya tidak mahu berkongsi permainan atau peralatan dengan rakan sebaya. Dalam hal ini, guru perlu mengelakkan diri daripada membuat keputusan terburu-buru dan menghukum. Guru perlu mendengar keterangan yang diberikan oleh murid.
Panduan guru dalam menghadapi konflik:
- Mendengar kanak-kanak bercerita.
- Berterima kasih kerana memberitahu apa yang berlaku.
- Jangan menyalahkan kanak-kanak.
- Bertanyakan perasaan kanak-kanak sekiranya sesuatu perkara itu berlaku pada dirinya sendiri.
- Bertanyakan kepada kanak-kanak perkara yang patut dibuat supaya kawannya rasa seronok.
- Ikut apa yang telah dipersetujui untuk menamatkan konflik.
Kanak-kanak akan belajar cara menghormati hak orang lain dan menjaga maruah orang lain. Guru hendakla memberi peluang kanak-kanak menguruskan konflik dengan cara yang terbaik. Di samping itu, guru hendaklah menolong kanak-kanak mengurangkan konflik dan membina kemahirain persahabatan.
Cara-cara membina persahabatan:
- Mengajak kawan-kawan bermain bersama.
- Berkongsi alat permainan dan barang-barang.
- Berbual-bual.
- Menawarkan pertolongan.
- Bertukar alat mainan.
- Mendengar kawan membaca buku cerita.
- Membuat apa yang dibuat oleh kawan.
::Peranan Persekitaran::
Dalam persekitaran kanak-kanak, keluarga merupakan pihak yang terdekat dan memainkan peranan yang penting dalam membantu perkembangan kanak-kanak, begitu juga dalam masyarakat. Setiap masyarakat mengawal tingkah laku ahli-ahlinya. Antara fungsi keluarga dalam masyarakat adalah:
- Kawalan tingkah laku seksual
- Mensosialisasikan emosi
- Memberi sokongan emosi
- Mengenakan kawalan emosi
- Memberi jagaan terhadap anak
- Memberi kerjasama ekonomi
Anak-anak bergantung sepenuhnya kepada kedua ibu bapa mereka untuk mendapatkan makanan, minuman, perlindungan dan kasih sayang. Mereka mudah dipengaruhi. Peranan keluarga adalah menyalurkan budaya seperti nilai, norma, kepercayaan, sikap dan juga bahasa. Walaupun terdapat agen sosialisai lain seperti rakan sebaya, sekolah dan media massa, namun keluarga adalah agen sosialisasi yang pertama dan paling berpengaruh dalam pembentukan tingkah laku kanak-kanak.
::Aplikasi Inisiatif kanak-kanak::
Kanak-kanak mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi dengan orang-orang di persekitarannya seperti ibu bapa, adik-beradik dan rakan sebaya. Contohnya kanak-kanak menunjukkan inisiatif melalui aktiviti bermain. Semasa bermain mereka mencuba kemahiran baru menerusi kegagalan, teguran dan bimbingan orang di persekitarannya. Kanak-kanak bukan sahaja memerlukan persahabatan, sangkutan tetapi juga kasih sayang bagi perkembangan yang normal.
::KENDIRI::
Kendiri adalah konsep meujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri. Kanak-kanak akan mula menyedari tentang kewujudan mereka. Mereka akan bertanya :siapakah saya?" Sukar untuk menentukan bila seorang kanak-kanak itu mula memahami kewujudan mereka. Mengukur kesedaran kanak-kanak juga bukan mudah. Apabila kanak-kanak mula membina kesedaran kendiri iaitu sedar tentang kewujudan mereka, mereka akan memperoleh konsep kendiri dan mula bertanya siapa diri mereka dan ingin mendefinisikan diri mereka. Mereka juga boleh menjawab soalan tentang nama mereka, siapa ibu dan bapa serta di mana mereka tinggal.
Perbandingan Konsep Kendiri Positif dan Konsep Negatif
::Aplikasi Kendiri Kanak-kanak::
Kanak-kanak berkembang dari aspek fizikal, emosi, rohani, sosial dan kognitif. Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif, sentiasa ingin tahu dan ingin melakukan sesuatu tanpa menyedari risiko. Menurut Froebel, kerja kanak-kanak adalah bermain. Dalam membina strategi dan langkah-langkah untuk meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak, ianya perlu berdasarkan perkembangan bermain tersebut.
Hasil kajian menunjukkan terdapat perkaitan sikap ibu terhadap anak dalam menerima kehadiran anak, maka akan lebih cenderung untuk mesra dengan keluarga dan orang lain. Kanak-kanak yang suka menangis dan susah diberi makan ada kaitannya dengan ibu yang risau dan rungsing ketika mengandung. Penghargaan terhadap anak seperti memberi kata manis dan kata pujian boleh meningkatkan rasa senang dan keriangan kepada kanak-kanak. Keluarga yang stabil memberi ruang kepada kanak-kanak untuk membesar dan mengenali kehidupan yang lebih bermakna daripada kanak-kanak yang tinggal dengan ibu tunggal dan hidup yang kekurangan.
Peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam aplikasi kendiri kanak-kanak. Penerimaan orang dewasa terhadap kanak-kanak adalah aplikasi kendiri kanak-kanak yang utama. Ibu bapa perlu menerima kehadiran kanak-kanak dalam keluargannya. Guru perlu menerima kanak-kanak yang berada dalam kelasnya. Guru sendiri menerima dirinya sebagai guru prasekolah yang mempunyai kualiti untuk membantu kanak-kanak memperkembangkan potensinya ke tahap maksimum.
No comments:
Post a Comment