Apa itu pentaksiran???
Pentaksiran adalah satu proses mengumpul maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, 2010)
Dalam konteks pendidikan, ia merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran dijalankan secara berterusan.
Secara ringkasnya, pentaksiran merupakan satu proses pemerhatian yang melibatkan beberapa langkah utama dalam proses pengumpulan tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif yang dilaksanakan secara berterusan dan tidak formal dan bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Pentaksiran ini juga memberi panduan kepada guru dalam menilai sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Objektif Pentaksiran
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid
- Mengesan keberkesanan pengajaran
- Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur
::Menurut Katz (1997), objektif pentaksiran dan penilaian di prasekolah bertujuan untuk:
- Meningkatkan pembelajaran murid
- Membuat keputusan penempatan
- Membuat diagnosis masalah pembelajaran
- Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid
- Menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibu bapa
- Menolong kanak-kanak dalam menilai kemajuannya sendiri
- Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
- Membantu membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum
- Menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama
No comments:
Post a Comment