Apa itu perasaan ????
Menurut Chaplin (1972), perasaam adalah keadaan (state)seseorang individu berdasarkan persepsi mereka sendiri akibat daripada rangsangan secara dalaman mahupun luaran. Perasaan adalah sesuatu yang melibatkan emosi yang terdapat dalam diri kanak-kanak yang membesar dengan perasaan positif yang jauh lebih cenderung untuk mencari kebahagiaan berbanding dengan mereka yang dihimpit oleh konflik dan emosi.
Dalam hal ini, seorang guru mahupun ibu bapa bertanggungjawab untuk mencipta seberapa banyak perasaan positif yang mungkin dalam diri kanak-kanak. Perasaan yang positif membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik dengan orang-orang di sekelilingnya. Apabila kanak-kanak dapat berinteraksi dengan baikk sesama rakan di sekolah dan juga keluarga di rumah, mereka akan pergi ke sekolah dengan penuh keyakinan. Perasaan adalah subjektif di mana ia menggerakkan pemikiran dan tindakan luaran yang biasanya sesuai dengan sesuatu situasi.
Emosi atau perasaan boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu perasaan yang positif dan perasaan yang negatif. Emosi positif adalah seperti rasa gembira, seronok, bersemangat dan yakin. Manakala emosi yang negatif pula adalah seperti cemas, marah, sedih, rasa bersalah dan sebagainya. Kanak-kanak juga boleh mengalami kedua-dua emosi ini secara serentak.
::Perasaan yang positif::
Kanak-kanak yang membesar dengan perasan positif lebih cenderung untuk mencari kebahagiaan berbanding kanak-kanak yang dihimpit oleh konflik dan emosi yang negatif. Untuk membentuk perasaan yang positif dalam diri kanak-kanak, guru perlu menyediakan suasana yang kondusif dan selesa di dalam bilik darjah. Guru perlu cuba mengelakkan emosi yang negatif seperti marah, benci, dendam dan sebagainya.
Perasaan dan implikasinya pada kanak-kanak
- Gembira - Membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai.
- Marah - Membantuk mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian.
- Takut - Rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman.
- Sedih - Kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah perasaan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
- Geli - Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semula jadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati tidak terkena apa yang mereka geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab mengapa mereka berperasaan begitu.
- Cemas - Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kank berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.
- Malu - Menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan. Ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri.
- Rasa bersalah - Wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap 'keluar' dari 'standard' tingkah laku yang baik. Mereka akan berusaha untuk tidak dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan tetap atau sudah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu yang lain.
- Rasa bangga - Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati atau dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan seperti merangsang mereka meluahkan apa yang membuatkan mereka merasa bangga dan memberi peluang berkongsi rasa bangga, puas dan gembira.
::Memahami perasaan::
Sebagai seorang dewasa perlulah berusaha untuk memahami perasaan kanak-kanak. Kenapa mereka bertingkah laku seperti itu atau ini?? Tingkah laku lazimnya adalah hasil tindak balas daripada perasaan kanak-kanak yang mereka zahirkan melalui perbuatan. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan bagi mewujudkan perasaan yang positif dalam diri kanak-kanak.
Antara cara yang dapat membantu mewujudkan perasaan positif kanak-kanak:
- Menyediakan bahan sokongan yang berkesan bagi perkembangan emosi kanak-kanak bermula dengan memberi perhatian kepada perasaan kanak-kanak dan bagaimana mereka menguruskannya. Dengan menyedari perkembangan emosi kanak-kanak, guru boleh membantu kanak-kanak memahami dan menerima perasaan mereka dan juga orang lain. Guru juga boleh merancang strategi yang berkesan untuk menguruskan emosi.
- Beri fokus kepada perasaan dan emosi kanak-kanak. Emosi yang mudah dikenal pasti, manakala yang lain adalah kurang jelas. Emosi kanak-kanak boleh dilihat melalui bahasa tubuh kanak-kanak, mendengar apa dan bagaimana mereka menyatakan sesuatu perkara dan memerhatikan tingkah laku kanak-kanak. Kemahiran memahami bahasa tubuh kanak-kanak ini akan dapat membantu anda memberi respon yang lebih berkesan sesuai dengan keperluan kanak-kanak. Anda juga dapat memberi panduan yang lebih khusus kepad ibu bapa mereka tentang bagaimana cara yang sesuai untuk membantu kanak-kanak menguruskan emosi mereka.
- Membantu kanak-kanak mengenali dan memahami emosi. Guru mengambil peluang untuk bercakap dengan kanak-kanak dan mengajar mereka tentang emosi. Ini dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih sedar tentang emosi mereka sendiri serta orang lain. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk berasa selesa dengan emosi mereka dan mealtih mereka menjadikan amalan untuk meluahkan perasaan kepada ibu bapa atau orang yang dipercayai. Cara ini juga dapat membantu kanak-kanak menguruskan emosi mereka.
- Menetapkan had ke atas ungkapan emosi yang sesuai. Ia dalah sangat penting untuk kanak-kanak memahami bahawa ia adalah normal untuk mempunyai pelbagai emosi dan perasaan, tetapi perlu dihadkkan kepada cara-cara tertentu. Mereka perlu dijelaskan tentang batasan terhadap tingkah laku agresif atau tingkah tingkah laku lain yang tidak sesuai. Kanak-kanak juga perlu dilatih untuk menguruskan kemarahan.
- Menjadi contoh atau role model. Kanak-kanak belajar tentang emosi dan bagaimana menyatakan perasaan yang sesuai terhadap diri dengan melihat orang lain terutama ibu bapa, penjaga dan guru.
::Ekspresi Perasaan::
Dalam mengekspresikan perasaan, ibu bapa dan keluarga perlu membantu kanak-kanak memahami perbezaan antara perasaan dan tindakan. Ekspresi emosi melibatkan pengurusan emosi kendiri dan kecerdasan kendiri membawa kepada perhatian dan keinginan melakukan sesuatu. Guru perlu membina keyakinan dan penghargaan kendiri kanak-kanak.
Berikut adalah aktiviti untuk meningkatkan ekspresi emosi kanak-kanak:
- Membina hubungan kanak-kanak dengan rakan sebaya dan orang dewasa, berkongsi pendapat dan mengambil giliran untuk bercakap, menghormati perbezaan budaya, agama dan bangsa.
- Keupayaan mengatasi emosi bimbang. Contohnya, ibu bapa lambat datang mengambil mereka di sekolah.
- Berdikari mengurus diri ke tandas, adab makan, mengenakan pakaian, mengurus masa bermain, bertanggungjawab untuk menyimpan barang sendiri.
- Peraturan bercakap iaitu bercakap dan mendengar. Bercakap bermakna berkongsi dan dalam berkomunikasi adalah mustahil untuk memisahkan pemikiran dan bahasa. Guru menyediakan persekitaran di mana kanak-kanak bebas bercakap dan mengekspresikan emosi mereka dengan menggunakan bahasa.
- Peraturan bermain dan bercakap. Kanak-kanak perlu diberi peluan bersoal jawab, bukan mendengar penerangan guru semata-mata. Pengalaman kanak-kanak perlu didengar supaya mereka dapat melahirkan emosi kepada rakan sebaya dan orang dewasa.
::Adaptasi Perasaan::
Adaptasi adalah menyesuaikan sesuatu fakta terkini dan fakta yang terbaru untuk membentuk fakta yang baharu dan lebih seimbang. Contohnya, kanak-kanak yang tidak pernah nampaj kelawar terbang akan mengatakannya itu adalah burung. Di prasekolah, terdapat kanak-kanak yang suka belajar dan boleh bergaul dengan mudah dan ada juga sebaliknya. Mereka berasa cemas dan tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Apabila guru memperkenalkan satu demi satu konsep, lama-kelamaan skema mereka akan bertambah dan perkembangan kognitif akan bertambah.
Kanak-kanak memerlukan bantuan untuk adaptasi supaya mereka boleh berkembang dan memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kanak-kanak yang dapat mengadaptasikan kogitif mereka biasanya akan dapat meningkatkan kecerdasan intrapersonal. Mereka dapat menyesuaikan kehendak persekitarannn dengan bantuan orang sekeliling mereka seperti ibu bapa, ahli keluarga, kawan-kawan dan guru.
Proses adaptasi kanak-kanak di prasekolah:
- Memberi perhatian kepada penerangan guru.
- Membezakan warna.
- Membuat yang disuruh oleh ibu bapa dan guru.
- Menggunakan perkataan untuk melahirkan emosi.
- Memberi respon untuk membuktikan sesuatu perkara.
- Bertanya dan bersoal jawab.
- Menonjolkan diri dalam permainan dan main drama.
- Kanak-kanak suka memulakan sesuatu kerja daripada menamatkan kerja.
- Mengulang tugasan dan rutin seperti bermain di taman permainan.
- Menyatakan apa yang disukai dan yang tidak disukai secara terbuka.
- Menunjukkan keyakinan diri dan percaya kepada guru di sekolah.
- Membezakan yang baik dan buruk berdasarkan model peranan (role model).
No comments:
Post a Comment