Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses mengumpul maklumat mengenai perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.
"...proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur."
(Arthur et.al.;1996)
::penilaian juga adalah-
- Sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran
- dijalankan secara berterusan dan tidak formal
- bertujuan utnuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan dan diberi pengukuhan.
::Kenapa penilaian dilakukan???
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- Mengesan keberkesanan pengajaran
- Merancang dan mengubah suai aktiviti pengajaran
- menjalanakan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
::Merancang
Sebelum membuat penilaian, guru perlulah merancang terlebih
dahulu. Antara perancangan sebelum membuat penilaian adalah
seperti :
dahulu. Antara perancangan sebelum membuat penilaian adalah
seperti :
- Menyenaraikan indikator
- Menentukan murid yang akan diperhatikan
- Memilih kaedah yang sesuai
- Cara pelaporan
::Membina item
Membina indikator atau item berdasarkan hasil pembelajaran
seperti yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK).
seperti yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK).
::Melaksanakan Penilaian
Bagi melaksanakan penilaian, seorang guru akan menggunakan
kaedah penilaian yang telah dipilih, misalnya kaedah penilaian
melalui pemerhatian. Apa yang diperhatikan atau dinilai????
Pemerhatian akan dilakukan terhadap tingkah laku, perbualan
atau interaksi dan juga hasil kerja murid.

a) Pemerhatian tingkah laku murid
Pemerhatian boleh dilakukan sepanjang pengajaran ataupun
sepanjang berada di sekolah. Aspek-aspek yang dinilai adalah seperti:
sepanjang berada di sekolah. Aspek-aspek yang dinilai adalah seperti:
- Sikap
- Amalan
- Kemahiran Sosial
- Kemahiran manipulatif
- Kemahiran Kinesteti
b) Perbualan atau interaksi
Penilaian ini dibuat bagi mendapatkan maklumat semasa interaksi berlaku sama ada interaksi antara
murid dengan guru, murid dengan murid ataupun murid dengan bahan pembelajaran. Selain interaksi
atau perbualan, ia juga boleh dibuat sama ada dalam bentuk nyanyian, main peranan, soal jawab,
bercerita ataupun membaca.

c) Hasil kerja murid
Antara hasil kerja murid yang boleh dinilai:
- Lukisan
- Tulisasn
- Buku Skrap
- Kraftangan
- Model
- Buku kecil
::Merekod
Merekod merupakan proses mencatat maklumat secara
bersistem. Dalam proses penilaian, ia merupakan satu catatan
maklumat bersistem mengenai perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu
dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang
pembelajaran murid. Antara kaedah merekod adalah seperti
berikut:

- Senarai semak
- Catatan Anekdot
- Rekod berterusan
a) Senarai semak
Senarai semak merupakan senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item disediakan bagi menentukan sama ada:
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item disediakan bagi menentukan sama ada:
#sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan
#sesuatu perlakuan telah dilakukan
#kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan
Bagaimana menyediakan senarai semak?????
- Senarai semak perlu disediakan lebih awal sebelum melakukan pemerhatian.
- Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan secara ringkas dan jelas.
- Item dalam senarai semak perlu disusun mengikut pemeringkatan agar perkembangan tingkah laku dapat diperhatikan dengan jelas.
- Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
- Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian.
- Perlu melakukan lebih daripada satu kali pemerhatian atau sekurang-kurangnya tiga kali agar maklumat yang diperolehi adalah lebih tepat.
b) Catatan Anekdot
Merupakan satu catatan tingkah laku atau peristiwa yang dianggap penting, unit dan signifikan
untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif bagi menerangkan apa yang berlaku, bila dan di
mana berlaku. Perkara-perkara yang direkodkan dalam rekod anekdot ialah menggambarkan
tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan
kejayan-kejayaan.

Prosedur menggunakan rekod anekdot???
- Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.
- Mengenal pasti peristiwa yang penting atau signifikan kepada aspek perkembangan murid.
- Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku.
Panduan menulis rekod anekdot:
- Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir.
- Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.
- Menulis apa yang dilihat secara objektif.
- Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan.
- Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.
- Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan murid.
c) Rekod Berterusan
Merupakan satu catatan yang terperinci dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau
kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh
murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian. Biasanya, pemerhatian yang terperinci ini
dijalankan dalam tempoh 3-5 minit.

Prosedur???
- Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
- Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
- Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.
- Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.
Panduan menulis rekod berterusan...
- Rekod perkara yang benar-benar berlaku.
- Guna bahasa yang mudah difahami.
- Guna singkatan semasa mencatat.
- Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan.
- Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgemental.
- Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.
ASSALAMUALAIKUM..SY MINTA IZIN COPY YE.. TRM KSH...
ReplyDeleteboleh tak saya nak ambil
ReplyDelete