Sweet Followers

Cik Qaseh Visitors

AmazingCounters.com

29 Sep 2014

FIRST GIVEAWAY BY WNURASYIQIN


Assalamualaikum n hai...
jom eratkan silaturahim sesama blogger... jom join GA kawan kita ni.. :)

Klik banner untuk join



26 Sep 2014

Bookmark comel

Assalamualaikum n haii...
^___________^
Senang rasa hati... kenapa?? hehe... esok cuti!!! biasalah kan kalau hujung2 minggu macam ni... tapi bila dah tiba hari yang TAK dinanti....ISNIN.. emmm.. (no komen)
tapikan... bukan pasal esok cuti ja tau buat Qaseh rasa senang hati ni... sebenarnya Qaseh baru jak cek barangan pos Qaseh kat pejabat Am IPG tadi... 
Qaseh dapat bookmark comel... ala2 jepun gitu... suka100x...
Qaseh ingat2 balik... rupanya ni hadiah giveaway dari Ole-ole Kota Singa hari tu di blog Takaramono ... hehe.. Tenkiu... 


Tenkiu3x... 

Selamat malam dan berhujung minggu... 

19 Sep 2014

oH! Purple

Assalamualaikum... n hai.. selamat petang.. <3
penat
baru siap kemas bilik purple Qaseh... haha... part Qaseh ja yang purple.. rumet Qaseh warna pink tau!
macam budak2... ye ke budak? budak2 ja yang boleh suka pink n purple?? x OK..
cerita pasal tentang warna ni... time Qaseh tengah search something lah kat mr.google... jari ni gatal pulak tekan "cute purple bedroom".. haha.. bukannya... tengah fening ni nak kemas bilik yang tak berpa nak kemas ni (bukan bersepah ok).. tak kemas ja... hihi... so, Qaseh carilah ilham kat internet... rambang jugak lah mata ni tengok bilik purple yang kiut miut tu... tambah pening..






cantik kan? cantik kan??? hehe...

15 Sep 2014

Bosan!


Assalamualaikum... dan hai.. :) I'm back! ... macam ada yang kesah... haha....pa2 ja lah....hehe... sebenarnya ni kan.. rasa bessstt sangat...sebab....sebab apa??? sebab praktikum fasa 2 ni dah habisss!! yeah! setelah dua bulan bertungkus-lumus buat rancangan pengajaran dan bahan bantu... tidur dengan buku RPH dan laptop... akhirnya lepas juga.. hidup lagi kan.. Alhamdulillah... ehehe... sekarang bolehlah rest sikit dari segala keja dan stress yang selama ni setia menemani... penyebab segala jerawat comel kat muka yang comel ni.. plez,,, jgn stress baca...bagi lah can.. orang tengah bahagia ni... hehehe.. tapi jgn bahagia sangat.. lupa dah dengan MR. A??? bukan Mr.Arrogant... yg tu memang dan sentiasa diingat.. hahaha.... tapi yg ni adalah MR ASSIGNMENT... hah! T.T x sentuh lagi pun.. tajuk entry bukan main.. BOSAN! mcm xda keja kan... padahal assignment berlambak lagi x buat... cuti seminggu ni pun bukannya lama... pejam celik pejam celik.. nah kau! It's MONDAY! Barulah terhegeh-hegeh buat benda tu semua... kena lagi time laptop or printer buat hal.. haha! Itulah kehebatanya feeling buat keja last minit... 

*PERINGATAN: Berhati-hati dengan laptop atau printer anda! Dia tau korang buat keja last minit  tau terutama bila korang tengah rushing... 'they smell your fear...'(Whisper) hahaha... 

kan.. dah cakap...

ok lah... xtau dah nak tulis apa... malam ni memang bosan.. ikhlas dari hati...B.O.S.A.N. kawan yang lain balik rumah... ada yang g hangout... bila kawan ajak,, xnak pula... alasan nak buat keja lah.. assignemnt lah... x buat2 juga pun.. :P 
apa lah yang saya melalut malam2 ni.. ya lah kan... dah lama x melalut d blog kesayangan ni... huhu..
ok stop! Selamat malam..
*haha.. gitu ar penutup entry kali ni..

3 Sep 2014

Bengkel Membina Alat Bantu Mengajar Bersama Ibu Bapa


Assalamualaikum... n haiii.. :))
untuk pembuka bicara kali ni sya nak katakan...

yessss!!!! projek pertama kat sekolah DONE!! :D
projek ni merupakan kerjasama antara kami (saya & my rakan praktikum, Miss Elly) bersama guru prasekolah (Cikgu Fadzalah) dan pembantu pengurusan murid (Kak Mimi) kat prasekolah SK Bolong, Tuaran. x lupa jugak rakan2 praktikum yg lain... noni, adeq, naza, sue, jiji and lenny.. :D
Baiklah!! izinkan saya terangkan secara skema tentang projek ini berdasarkan kertas kerja kami... hahaha..

PENGENALAN
Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan pengendalian serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu melicinkan komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen pentin yang memudahkan komunikasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja guru-guru yang perlu menyediakan bahan-bantu mengajar, tetapi ibu bapa juga perlu melibatkan diri dan membantu menyediakannya dalam pendidikan dari rumah. Bengkel Alat Bantu Mengajar ini akan membantu ibu bapa menguasai pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah yang lebih efektif.


MATLAMAT
Pendidikan adalah satu proses pembelajaran secara berterusan. Pembelajaran kanak-kanak seharusnya bermula dari rumah.  Setiap individu dianggap sebagai satu organisma yang aktif serta boleh mengubah arah perkembangannya dengan peluang yang diberikan. Pendidikan tidaklah terhad kepada perkembangan kebolehan mental sahaja tetapi merangkumi semua aspek individu seperti jasmani, rohani, sosial dan moral. Oleh itu, pelaksanaan Bengkel Membina Alat Bantu Bersama Ibu bapa ini dapat memberi pengetahuan dan maklumat yang penting kepada ibu bapa untuk membentuk sikap dan amalan yang positif dalam kalangan kanak-kanak dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang menyeluruh kepada kanak-kanak. 

OBJEKTIF
  • Mendedahkan ibu bapa tentang kepentingan melibatkan diri dalam pembelajaran kanak-kanak di rumah.
  • Memberi pendedahan kepada ibu bapa cara menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat membantu untuk perkembangan pembelajaran anak mereka.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan kakitangan sekolah dan juga Prasekolah SK. Bolong, Tuaran.

ok, dah!
rajin2,, scroll lah ke bawah untuk lihat antara aktiviti2 yang sempat didokumentasikan... :)))


Ibu bapa mengambil bahan-bahan





Aktiviti membina bahan bantu mengajar pun bermula....










Membentang hasil kerja... :)) boleh tahan... 






Antara bahan bantu dan hasil kerja murid yang dipamerkan...







budak nakal.. :P


k lah.. tu jak... hehehe... byeee...
next project... coming soon... 




Leave Your Link :) Jom Blogwalking!