Katanya pada diri
"tak ready jatuh cinta lagi"
kau anggap cinta itu bagai mawar berduri
tapi hadir si dia membuka pintu hati
dan kau anggap itulah cinta sejati.
Mulalah kisah dua merpati sejoli
menyulam janji sehidup semati
bahagia melayari bahtera cinta abadi
akhirnya lemas dibawa arus angan-angan sendiri
kenangan lalu menjelma menyelubungi diri
perpisahan itu hanya mampu diratapi
dan hanya airmata yang menemani..
Katanya pada diri...
tak nak jatuh cinta lagi..
lantaran menyesali apa yang terjadi..
lantas hadir insan baru penyelamat hati..
bagai dah lupa derita sebelum ini..
dengan yakin hati mu kau beri..
tanpa kau tahu
adakah kau terus dicintai
atau akhirnya disakiti..
kisah lama berulang kembali.
perpisahan demi perpisahan terus terjadi..
tanpa jemu kau cuba dan cuba lagi..
tapi tak apa asalkan kau tahan hati..
di akhir kecewa.. bahagia menanti.
......
.....................
eh! adakah sy sedang berpuisi??? haha
adakah ini puisi?? mcm x percaya... berbicara soal hati mlm2 gini..
alalala... jgn pulak ada yg sedih2.. hehe
Qaseh sja nak berkongsi dan ingat mengingati... agar kita berhati-hati memberi hati..
bila kecewa terus salahkan cinta... padahal cinta itu x salah... cuma kadang takdir menemukan kita dgn org yg salah... salahkan takdir??? NO..
the keyword is HIKMAH.. hehe...
"People meet for a reason..
either its a blessing or a lesson"
kecewa?? move on ja lah (mcm senang jak cakap kan??)
I feel U... sapa x pernah kecundang dlm soal2 gini ni?? pendek kata PUTUS CINTA lah..
rata2 ramai yg dah pernah... bezanya cuma kuat atau x ja hdapi bnda ni... (mcm pakar motivasi LAH pula...hahak)
apa2 pun.. sentiasalah berdoa... hati org kita xtau.. bila2 masa boleh berubah..
benarlah bagai apa yang dikata..
Jangan simpan seseorang di dalam hati.
Hati itu berbolak balik sifatnya.
Simpan seseorang dalam doa.
Kerana doa tercatat di langit selamanya.
"Jatuh cinta itu mudah.. tapi untuk setia pada cinta itu susah"
Untuk si dia yang di sana...
sy x minta lebih... sy hanya mampu katakan..
CUT!
^_^
Gud night..
so deep deep, ehehe "People meet for a reason..either its a blessing or a lesson" aaa, yes! true. tak ditakdirkan untuk bersama, cukuplah ditakdirkan untuk jadikan kenangan. feeling betul, hikhik
ReplyDeletesedih pulak akak... hehe
ReplyDeleteAmboiii...pandainye bersyair.
ReplyDeleteYang dalam kotak tu paling agreeable.
"If not...am leaving "
:D
hehe... x sengaja lahir dr hati... :D
Deletesaya telah bertemu ramai orang sebelum ni tapi hati tak terpaut.
ReplyDeletetapi, tatkala hati telah terpaut..saya pula meraguinya.
tunjukkanlah kami jalan yang benar, Ya Allah.