Sweet Followers


Cik Qaseh Visitors

AmazingCounters.com

11 Jun 2014

Falsafah, Matlamat, Visi dan Misi Pendidikan Khas


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah satuusaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Huraian Falsafah Pendidikan Khas
  • Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas. 
  • Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain. 
  • Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat. 
  • Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all). 
  • Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsiain, bukan kepada kategori / labeling. 
  • Memperkukuhkan keadaan bahawa kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak  biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, integrasi sosial, integrasi berfungsi, integrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming). 
  • Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara. 
  • Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara. 
  • Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka. 
  •  Pendidikan adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian di mana perlu. 
  • Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP). 
  • Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluaun-keperluan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain. 
  • Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripadapasukan multi disciplinary.  
  • Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan. 
  • Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja.  
  • Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri. 
  • Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan. 
  • Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM. 
  • Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM (Vokasional). 
  • Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia. 
  • Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaanSPMV dan MLVK. 
  • Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.

Matlamat Pendidikan Khas
  • Menyuburkan keupayaan intelek, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa.
  • Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat.
  • Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan.
  • Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas.
  • Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat.

Visi Pendidikan Khas
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi Pendidikan Khas

  • Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
  • Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang.
  • Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik.
  • Perkembangan potensi diri ke tahap optimum.
  • Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran.
  • Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab.
  • Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

No comments:

Post a Comment

Leave Your Link :) Jom Blogwalking!