Sweet Followers


Cik Qaseh Visitors

AmazingCounters.com

12 May 2014

Soalan Ulang Kaji Budaya dan Pembelajaran (EDU3106)

1. Elemen utama/ ciri menggambarkan satu budaya
    - Boleh dikongsi dari satu generasi ke generasi yang lain
    - Merangkumi elemen simbol
    - Boleh dipelajari
    - Boleh dikongsi
    - Diwarisi

2. Pola budaya
    - Wajib
    - Preferred
    - Tipikal
    - Alternatif
    - Terhad

3. Sebab individu saling bergantung dan bergabung dalam kelompok
    - Keamanan
    - status
    - Harga diri
    - Afiliasi
    - Kekuatan
    - Pencapaian tujuan

4. Ciri-ciri utama masyarakat
    - Hidup berkelompok
    - Mempunyai budaya 
    - Mengamali perubahan
    - Mempunyai kepimpinan
    - Sering berinteraksi
    - Mempunyai aturan sosial

5. Proses-proses perubahan bahasa
    - Perubahan bunyi
    - Perubahan fonem
    - Perubahan morfem
    - Perubahan kata
    - Perubahan makna
    - Kata slanga
    - Penyempitan makna
    - Haplologi
    - Asimilasi
    - Penggemblengan

6. Faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia
    - Jantina
    - Kumpulan minoriti
    - Infrastruktur
    - Kelas sosial  
    - Murid berkeperluan khas

7. Pendekatan yang boleh digunakan dalam bilik darjah untuk menggalakkan pemahaman 
    terhadap 1 Malaysia
    - Guru menjadi role model
    - Membina persahabatan yang baik
    - Mengutamakan pembangunan negara
    - Mewujudkan suasana sosio-emosi yang kondusif
    - Membina hubungan mesra dengan murid.


8. Cara bagaimana guru boleh memainkan peranan menyatupadukan murid-murid yang 
     pelbagai budaya
    - Anjuran aktiviti yang melibatkan semua kaum.
    - Pihak sekolah mesti adil dalam melaksanakan undang-undang dan peraturan.
    - Adakan kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum.
    - Menggunakan bahan PDP yang sesuai untuk semua kaum.

9. Program yang dilakukan kerajaan bagi membantu murid berkeperluan khas
    - Membuka lebih banyak kelas khas bagi murid-murid autisme dan ADHD.
    - Memastikan 100% penyertaan dalam program pendidikan khas inklusif.
    - Pelaksanaan penilaian altenatif.
    - Menyediakan perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak bagi kanak-kanak khas.
    - Melatih guru dalam bidang pendidikan khas.

10. Cara guru meningkatkan kesedaran antara budaya di sekolah.
    - Menerapkan nilai-nilai positif yang sesuai antara budaya dalam kurikulum.
    - Mewujudkan persekitaran mesra antara kaum dalam kalangan masyarakat sekolah.
    - Melaksanakan program-program perpaduan yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti 
      RIMUP.
    - Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap budaya sendiri dan budaya lain melalui aktiviti 
      pelbagai budaya di sekolah.

11. Cara-cara guru boleh menggalakkan integrasi dalam bilik darjah
    - Menghargai nilai-nilai persamaan dan perbezaan budaya.
    - Menggalakkan interaksi yang mesra antara pelbagai budaya.
    - Meningkatkan perkembangan kemahiran nilai, sikap dan pengetahuan antara budaya 
      dalam kalangan murid.
    - Menggunakan kaedah dan strategi PDP yang bersesuaian untuk menerapkan perpaduan 
      dalam kalangan murid.

12. Ciri-ciri sekolah wawasan
    - 3 jenis sekolah berada dalam 1 kawasan
    - 1 taman bermain (padang).
    - 1 kantin
    - Perhimpunan mingguan.
    - Mempunyai sebuah pasukan sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum.
    - Mempunyai satu perpusatakaan.

13. Peranan ibu bapa menggalakkan keharmonian dalam kalangan murid di sekolah wawasan
    - Libatkan diri secara aktif dalam PIBG.
    - Mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah - sukan dan hari terbuka.
    - Mengambil bahagian dalam sesi dialog sekolah.
    - Menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan di sekolah.
    - Melibatkan diri dalam sambutan pelbagai aktiviti perayaan.

14. Cara guru membantu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya
    - Ubahsuai susunan kerusi meja mengikut aktiviti.
    - Pencahayaan dan pengudaraan yang baik.
    - Cat dinding daripada warna yang lembut.
    - Menggunakan warna langsir yang ceria dan lembut.
    - Buat mural di sekeliling bilik darjah.
    - Perlu ada jaminan keselamatan.
    - Mewujudkan sudut-sudut pembelajaran.

15. Implikasi yang timbul jika isu budaya tidak diambil kira ketika membuat penilaian terhadap 
      pelajar.
    - Ketidakadilan
    - Pelajar tidak bermotivasi.
    - Ketidakpuasan hati.
    - Benci terhadap mata pelajaran tersebut.
    - Rasa terpinggir

16. Strategi PDP yang relevan budaya untuk menggalakkan murid berinteraksi antara     
       pelbagai kaum.
     - Koperattif
     - Kontekstual
     - Generatif
     - Direktif

17. Cara guru mewujudkan komunikasi berkesan dalam bilik darjah bagi mewujudkan PDP 
       yang menarik.
     - Menerima hubungan.
     - Kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan.
     - Kemahiran memberi penjelasan.
     - Kemahiran menyoal.
     - Kemahiran menyelesaikan masalah.

18. Cara bagaimana kurikulum tersebut boleh menyatukan pelbagai kaum.
     - Setiap pelajar wajib mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum.
     - Pelajar belajar menerima bahasa ibunda dan dialek kaum lain.
     - Penerapan nilai budaya masyarakat lain melalui persatuan atau kelab.
     - Melalui aktiviti perkhemahan murid dapat belajar menghormati cara hidup pelbagai kaum.
     - Pelajar mengenal dan menghormati agama kaum masing-masing.

19. Ciri-ciri kurikulum tersirat yang terdapat dalam pendidikan masa kini.
     - Norma-norma nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tapi diajar 
       secara tidak langsung.
     - Merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka 
       belajar.
     - Boleh menjadi objektif pembelajaran tapi hasil pembelajaran adalah bersifat relatif. 
       Contoh: bekerjasama, hormat-menghormati.
     - Maklumat / objektif kurikulum tidak tertulis dalam kandungan kurikulum mahupun dalam 
       penilaian.
     - Jenis kurikulum adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, terhadap pembelajaran dan 
       juga matlamat kurikulum itu sendiri.

20. Cara bagaimana komunikasi lisan lebih berkesan daripada bukan lisan.
     - Guru dapat menyampaikan maklumat secara terperinci.
     - Guru dapat memberi kata-kata yang sesuai untuk memberi inspirasi, motivasi dan    
       galakan kepada murid-murid.
     - Idea dapat disampaikan secara jelas dan tepat.
     - Ketidakfahaman dapat dijelaskan dengan tambahan maklumat.
     - cara memberi maklum balas untuk menambahbaik pencapaian murid.

21. Penilaian terhadap perubahan pendidikan dalam kalangan masyarakat orang Asli di     
      pinggir bandar.
     * Peringkat pertama - di prasekolah ditumpukan kepada kanak-kanak 5 - 6 tahun. 
       Penyediaan asas kukuh sebelum pendidikan formal.

      * Peringkat kedua - Peringkat rendah, kanak-kanak 7-12 tahun. Penyediaan asas 3 M.

      * Peringkat ketiga - Peringkat Menengah. 13-18 tahun.

      * Peringkat tertiari - Peringkat selepas pendidikan menengah ke peringkat pengajian 
         tinggi.

      * Tumpuan kepada golongan tercicir - belia dan beliawanis yang tercicir dari sistem 
        persekolahan. Penekanan kepada latihan dan kemahiran untuk pasaran tenaga buruh.

22. Dua cara budaya boleh berubah atau berkembang.
     - Bahasa / komunikasi
     - Pertembungan dengan budaya lain.
     - Perubahan persekitaran.
     - Globalisasi / dunia tanpa sempadan.

23. Tiga unsur yang terdapat dalam budaya sesuatu masyarakat.
     - Keagamaan
     - Sistem organisasi kemasyarakatan
     - Bahasa
     - Kesenian
     - Sistem ekonomi
     - Sistem teknologi / peralatan

24. Matlamat integrasi nasional
    - Menyatupadukan semua kelompok melalui satu identiti.
    - Menghapuskan  perbezaan dan identiti masyarakat.
    - Ahli masyarakat dapat menerima ciri ahli masyarakat lain.
    - Menyatukan pelbagai kumpulan tanpa mengira bangsa.

25. Persamaan yang terdapat dalam adat resam kaum-kaum yang terdapat di Malaysia.
    - Kelahiran
    - Kematian
    - Perkahwinan

26. Isu mengenai infrastruktur sekolah yang merupakan cabaran besar untuk ditangani oleh 
      Kementerian Pelajaran Malaysia ialah :
    - Tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.
    - Kekurangan bilik darjah serta bilik-bilik khas seperti makmal komputer atau makmal sains.
    - Bangunan yang daif dan isang serta kemudahan yang tidak menepati standard.

27. Namakan dua tujuan secara ringkas Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) 
      yang dilaksanakan di sekolah.
    - Berilmu pengetahuan
    - Semangat muhibah.

28. Nyatakan 3 faktor aktiviti integrasi yang dilaksanakan di sekolah yang lebih terancang dan 
      berfokus.
    - Melibatkan penubuhan jawatankuasa pelaksana di peringnkat KPM, JPN, PPD dan 
      sekolah.
    - Perancangan dan strategi pelaksanaan berdasarkan  analisis keperluan.
    - Melibatkan pemantauan dan pelaporan di semua peringkat.

29. Cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar dalam sebuah kelas yang terdiri 
       daripada pelbagai sosio budaya.
    - Penggunaan bahasa.
    - Membentuk persefahaman dalam kalangan murid.
    - Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

30. Perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi mengekalkan persekitaran 
       pembelajaran yang positif dan bermakna kepada murid.
    - Bilik darjah dinamik, guru memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang aktiviti 
      kumpulan yang menggalakkan penglibatan murid-murid dari pelbagai kaum.
    - Penggunaan laman web.
    - murid- murid belajar bertolak ansur.
    - Menyediakan persekitaran kelas yang kondusif.

31. Rangka RPH Kelas bercantum.

32. Cara komunikasi  bukan lisan yang boleh digunakan oleh guru.
    - Renungan mata
    - Ekspresi muka
    - Pergerakan kecil tubuh badan.
    - Pergerakan mata

33. Masalah komunikasi yang berlaku di dalam bilik darjah dan langkah mengatasi.


3


     


2






No comments:

Post a Comment

Leave Your Link :) Jom Blogwalking!