Sweet Followers


Cik Qaseh Visitors

AmazingCounters.com

12 May 2014

MASALAH PENGLIHATAN (PRA 3109)

PENGENALAN

     Kanak-kanak akan dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan secara klinikal yang akhirnya mengganggu pembelajaran. Biasanya kanak-kanak yang bermasalah penglihatan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja. Terdapat juga kanak-kanak buta yang mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor yang agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tapi kebanyakannya dipengaruhi oleh pergerakan mereka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Hal ini memberi kesan terhadap perkembangan personaliti. Akibatnya konsep kendiri mereka lemah. 

     Selain itu, perhatian berlebihan yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasan membimbing mereka. Pengalaman mereka yang terhad dalam duni visual juga memberi kesan pada perkembangan bahasa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak bermasalah penglihatan.

Definisi dan Istilah Bermasalah Penglihatan
     Menurut Heward (1996), bermasalah penglihatan bermaksud mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit iaitu diameter kurang dari 20 darjah. 

    Hallahan & Kauffman (2003) mendefinisikan bermasalah penglihatan sebagai kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuan menyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap) mahupun unjuran cahaya (kebolehan untuk mengenal pasti punca arah cahaya). 

    Istilah lain ialah ketepatan penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruang penglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankan pembetulan (National Society For Prebention of Blindness, 1980).

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan kanak-kanak yang mengalami cacat penglihatan kepada buta dan rabun berdasarkan ukuran ketajaman penglihatan (visual acuity) dan sudut atau keluasan kawasan penglihatan (visual field).

a) Ketajaman Penglihatan (Visual Acuity)

Rabun/Pengihatan Terhad (Low Vision / Partially Sighted)
Penglihatan kurang daripada6/8 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60, bagi mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).

Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupund dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata).


b) Sudut / Keluasan Kawasan Penglihatan (visual field)

Rabun / Penglihatan Terhad
Bidang penglihatan kurang daripada 20 darjah setelah pembetulan dan rawatan dibuat.

Buta
Bidang penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah pembetulan atau rawatan dibuat.


Dari aspek pendidikan, beberapa istilah telah digunakan:
- Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf  
   biasa.
- Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod braille untuk membaca.
- Rabun ialah jarak penglihatan yang terhad melibatkan lingkungan beberapa kaki, fungsi yang berubah-ubah
  terhadap pencahayaan, tugas, ciri-ciri individu, penyesuaian mungkin diperlukan dalam aspek pencahayaan,   saiz atau kejelasan objek dan jarak (Com & Koening, 1996).


PUNCA MASALAH PENGLIHATAN

Kajian menunjukkan bahawa kadar kecacatan penglihatan bertambah dengan pertambahan umur kepada sebahagian besar penyakit berkaitan penglihatan hanya dihidapi oleh orang dewasa dan orang tua. Ini bermakna bilangan orang dewasa yang mengalami kecacatan penglihatan lebih ramai berbanding kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Hal ini disebabkan faktor utama yang menyebabkan kebutaan ialah katarak diikuti oleh glaukoma, makula degenarasi, diabetik dan trakima (Resnikoff et al., 2004).

     Walau bagaimanapun, kecacatan penglihatan juga berlaku dalam pelbagai peringkat umur iaitu sejak lahir, bayi, kanak-kanak, remaja dan dewasa serta kalangan orang tua. Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan kcacatan penglihatan:

* Baka dan keturunan
* Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
* Rubella (penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebakan kecacatan kepada bayi
   sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung antara satu hingga tiga bulan.
* Kekurangan zat makanan
* Pengambilan ubat-ubatan, dadah, alkohol dan bahan nikotin semasa ibu mengandung.
* Sifilis
* Kecederaan
* Penyakit


MASALAH-MASALAH MATA YANG LAIN

a) Katarak
Sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata menjadi keruh
dan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi     sekiranya lewat atau tidak dirawat. Masalah katarak berbeza dengan glaukoma yang merupakan sejenis       kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.

Golongan  yang berisiko menghidap katarak:
* Pesakit kencing manis yang gagal mengawal penyakitnya
   Kandungan dalam darah menjadikan kanta kurang kenyal dan membentuk katarak.

* Orang dewasa yang berusia 60 tahun ke atas
   Katarak merupakan suatu proses akibat usia yang lanjut.

* Kanak-kanak dan bayi yang baru lahir dengan komplikasi
   Katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya di ibu menghidap jangkitan seperti penyakit
   rubella semasa mengandung.

b) Glaukoma
Sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola mata.
Kesemua jenis glaukoma adalah disebabkan gangguan atau dihalang oleh bendalir yang mengedarkan ke       dalam mata. Pusat atau sempadan penglihatan akan rosak atau hilang keseluruhannya apabila tekanan
dan kerosakan saraf optik. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf sehingga     ruang penglihatan sekitar seseirang itu menjadi semakin sempit dan akhirnya menjadi buta.

Glaukoma Akut
Glaukoma akut menyerang secara tiba-tiba, mengurangkan daya penglihatan, menyebabkan mata merah serta kesakitan di dalam dan sekitar bebola mata. Glaukoma akut memerlukan rawatan kecemasan. Rawatan awal boleh menyelamatkan penglihatan mereka yang menghidap glaukoma.

Glaukoma Kronik
Glaukoma kronik melarat secara perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap glaukoma tidak menyedari yang mereka mempunya masalah glaukoma kronik sehingga keadaan menjadi terlalu lewat untuk mendapatkan rawatan. Tanda-tanda glaukoma kronik adalah ruang penglihatan yang sempit, penglihatan menjadi kabur dan rabun, kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam) serta kerap menukat cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.

c) Degenerasi Makular
Selalunya dipanggil AMD adalah penyebab utama kehilangan penglihatan dan kerabunan. AMD berlaku
apabila makular yang merupakan sebahagian dari retina yang berfungsi untuk ketajaman dan pusat
penglihatan yang diperlukan untuk membaca atau memandu, semakin merosot. Degenarasi makular
terbahagi kepada dua iaitu dalam bentuk basah dan kering.

Degenerasi Makular Kering
AMD kering adalah peringkat awal kepada penyakit ini dan disebabkan oleh penuaan dan penjarangan tisu-tisu mokular, endapan pigmen di dalam mokular atau kombinasi kedua-dua proses di atas.

Degenerasi Makular Basah
Kadang-kala AMD kering menjadi lebih parah dan menjadi suatu penyakit yang dikenali sebagai degenerasi makular basah. Degenerasi Makular Basah terjadi apabila saluran darah yang baru membesar di bawah retina pecah dan membocorkan darah dan cecair. Kebocoran ini menyebabkan kerosakan kekal kepada sel-sel retina yang sensitif kepada cahaya dan seterusnya mewujudkan titik buta pada pusat penglihatan.

d) Ocular Motility
Kebolehan mata untuk bergerak terhalang. Kerosakan ini memberi masalah kepada penglihatan binokular yang mana kebolehan kedua-dua belah mata untuk memfokuskan ke atas suatu objek dan menyatukan
dua imej kepada satu imej yang lebih jelas.

e) Strabismus (Mata Juling)
Suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah dan memandang pada titik berbeza. Masalah ini
adalah ketidakbolehan untuk memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata. sekiranya tidak     dirawat, strabismus boleh mengakibatkan kehilangan penglihatan kekal.

f) Amblyopia (Lazy Eye)
Suatu keadaan di mana salah satu mata tidak berfungsi dan perlu bergantung pada sebelah mata yang
sihat. Mata malas merupakan gangguan yang terjadi pada masa perkembangan penglihatan. Oleh sebab
ketajaman penglihatan berkurang, mata menjadi malas melakukan fungsinya. Saraf mata yang seharusnya
berkembang menjadi terhenti.

g) Nistagmus
Pergerakan bola mata yang kelihatan bergerak-gerak secara teratur tetapi pergerakan itu terjadi sendiri.
Pergerakan bola mata tersebut seolah-olah seperti 'menari-nari', bergoyang atau melompat-lompat.
Nistagmus merupakan salah satu tanda adanya masalah pada mata itu sendiri atau adanya kelainan di
otak. Seseorang boleh menghidap penyakit ini sejak lahir atau boleh dihidapi di kemudian hari.


CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PENGLIHATAN

a) Rupa
* Bebola mata selalu berputar-putar
* Mata selau bergerak-gerak
* Tidak bertindak balas terhadap cahaya
* Bahagian tepi mata berwarna merah
* Mata selalu berair
* Mata terlalu sensitif terhadap cahaya

b) Tingkah laku
* Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja. Contoh: Apabila melihat papan tulis.
* Selalu mengerutkan atau mengecilkan mata.
* Kerap berkedip
* Kerap menggosok mata
* Selalu terlanggar objek
* Keliru dengan huruf
* Menonton TV atau membaca buku dengan jarak yang dekat
* Memegang kepala dengan cara luar biasa
* Kerap menangis
* Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca
* Meniru kerja kawan
* Tidak menyiapkan tugasan
* Selalu mengelak membuat tugasan

c) Aduan
* Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening
* Penglihatan kabur
* Nampak dua imej pada satu objek
* Penglihatan kabur selepas tekun membuat kerja
* Mata selalu gatal



   

No comments:

Post a Comment

Leave Your Link :) Jom Blogwalking!