Sweet Followers


Cik Qaseh Visitors

AmazingCounters.com

12 May 2014

PERANCANGAN, PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAH

Semasa merancang penubuhan sesebuah prasekolah, ,perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah:
a) Menentukan matlamat & objektif
b) Tinjauan kebolehbinaan
c) Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang dan persekitaran.
d) Bangunan
e) Kewangan
f) Organisasi pengurusan
g) Peraturan dan undang-undang
h) Peralatan dan sumber

MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Sebagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia, matlamat pebunuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah.

Pendidikan Prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut:
a) Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif dan menjadi warganegara yang           patriotik.
b) Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa untuk        
    berkomunikasi.
c) Menggunakan bahasa Cina dan Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan
    bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil.
d) Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua. e) Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid-murid beragama Islam.
f) Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
g) Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
h) Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
i) Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan
   yang baik.
j) Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.


TINJAUAN DAN KEBOLEHBINAAN (FEASIBILITY STUDY)
* Kesesuaian tapak dan lokasi prasekolah
* Kumpulan sasaran / pelanggan
* Sumber kewangan
* Prasarana / Infrastruktur
* Kurikulum / perancangan
* Sumber manusia
* Peraturan dan perundangan
* Peralatan dan perabot


KEWANGAN
Terdapat empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan kanak-kanak berdasarkan formula MESH.

M (Material)
* Bahan yang digunakan di pusat tersebut.

E (Equipment)
* Peralatan termasuk alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan dan hiasan.

S (Space)
* Tempat (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.

H (Human)
* Tenaga manusia termasuklah pengetahuan, kemahiran kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.


PERATURAN DAN KEWANGAN
Pusat pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua pusat pentadbiran kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling yang dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan keberkesanan perjalanan pendidikan prasekolah.

Pusat pendidikan awal kanak-kanak mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:
a) Pemilihan Kanak-kanak
* Kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun layak untuk belajar di pusat pendidikan awal kanak-
   kanak.
* Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan
   sebanyak RM 401.00 hingga RM 800.00 ke atas boleh juga diterima atas alasan tanggungjawab
  (keramainan anak).
* Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal kanak-kanak ditentukan oleh
   jawatankuasa yang dianggotai oleh Guru besar, Penolong Kanan dan guru prasekolah.
* Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara 10-25 orang.

b) Semasa di Prasekolah
* Waktu belajar tidak melebihi 4 jam.
* Pakaian seragam tetapkan terpulang kepada sekolah masing-masing.
* Makanan hendaklah disediakan di sekolah atas kadar RM 1.50 sehari setiap murid. Tuntutan hendaklah
   sekali setahun sebagaimana telah ditetapkan.
* Bantuan per kapita diberikan pada kadar RM100.00 bagi setiap kanak-kanak.
* Tiada dikenakan yuran sekolah tetapi pihak sekolah boleh menetapkannya.
* Pembantu guru prasekolah akan ditempatkan di setiap pusat pendidikan awal kanak-kanak.
* Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh guru opsyen prasekolah.

c) Kemudahan di Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
* Bilik darjah dijaga, dibaiki jika rosak dan digunakan dengan rapi. Alat permainan luar yang rosak
   hendaklah dibaiki dengan segera.
* Keselamatan murid hendaklah diambil perhatian dengan serius.
* Kawasan dan tempat, alat permainan luar bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.
* Menyediakan alatan / permainan yang perlu dan mencukupi seperti bahan pengajaran, bantal, apron, berus    gigi dan ubat gigi.
* Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki.
* Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjaga sebelum bermulanya sesi persekolah.


PENGURUSAN PRASEKOLAH
Pengelolaan prasekolah ialah salah satu daripada enam peranan penting pengurusan sekolah selain daripada perancangan, penyelarasan, perhubungan, penyeliaan dan penilaian. Pengelolaan adalah pengaturan, penyusunan dan pelaksanaan perancangan yang dibuat dan melibatkan penggemblengan semua elemen yang ada di sesebuah pusat prasekolah yang terdiri daripada manusia (guru, pelajar dan staf sokongan), material (bangunan, kawasan, kewangan dan peralatan).

 Menurut Hoy dan Miskel (Hoy dan Miskel, 2001:288):
* Pengelolaan sekolah yang berkesan adalah aspek paling asas dalam pengurusan prasekolah.
* Aspek-aspek yang dikelolakan ialah akauntabiliti, pencapaian akademik, piawaian hasil kerja, skor ujian,
   aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kadar keciciran pelajar, kepuasan bekerja dan budaya pembelajaran    tersebut.
* Aspek ini sentiasa berubah mengikut keperluan semasa dan situasi kerana setiap sekolah mencapai
   keberkesanan dalam pengurusan sekola dengan kadar yang berbeza. Lantaran itu satu model organisasi  
   berasaskan garis panduan perlu diwujudkan bagi mengukur dan menandai aras keberkesanan.

Ibrahim Mamat (Ibrahim Mamat, 2001 : 167) juga menyatakan dalam mewujudkan pengelolaan sekolah yang berkesan, kita hendaklah mengenal pasti enam bidang pengurusan sekolah iaitu:
1) Pentadbiran am
2) Pengurusan kurikulum
3) Pengurusan guru
4) Pelaksanaan kurikulum
5) Pelaksanaan kokurikulum

No comments:

Post a Comment

Leave Your Link :) Jom Blogwalking!