Sweet Followers


Cik Qaseh Visitors

AmazingCounters.com

5 Nov 2014

Isu dan Cabaran Pelaksanaan Pentaksiran dan Penilaian Perkembangan Kanak-kanak di Prasekolah


Pengukuran dan penilaian merupakan suatu aspek yang penting dalam bidang pendidikan. Dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian di prasekolah, guru-guru berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran semasa. Antaranya ialah ketelusan dan kesahihannya maklumat yang diperolehi. Hal ini sesuai dengan prinsip kedua yang dinyatakan oleh James H. McMilan (2000) iaitu sesuatu pentaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Hal ini juga dapat kita lihat dalam prinsip pertama yang dinyatakan oleh Surayah dan Hslinda (2009) iaitu pentaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Jika seseorang guru melaksanakan pentaksiran secara sambalewa sahaja dan dilaksanakan beberapa kali sahaja, guru tidak akan mendapat maklumat yang tepat mengenai perkembangan seseorang kanak-kanak yang ingin dinilai.

Berkait dengan isu dan cabaran mengenai maklumat yang telus, jelas dan sahih, proses pentaksiran ini seharusnya tidak dilakukan sekali dua sahaja tietapi perlu dilakukan secara berterusan. Kaedah pentaksiran yang dipilih harus berterusan dan sesuai dengan perkembangan kanak-kanak serta berasaskan kaedah saintifik. Hal ini kerana, kanak-kanak sentiasa berubah dan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Mereka juga boleh mengalami ganggunan emosi disebabkan oleh orang-orang sekeliling terutamanya rakan, ibu bapa dan guru. Faktor ini boleh menjejaskan keputusan penilaian. Oleh itu, penilaian perlu dibuat secara berterusan agar guru dapat merekod perkembangan murid dengan tepat. Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid. Kaedah pentaksiran boleh digunakan melalui pemerhatian berterusan atau penilaian hasil kerja murid.

Selain daripada masalah mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat, isu penyediaan dan laporan portfolio juga merupakan antara isu dan cabaran dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian di prasekolah. Portfolio dijadikan sebagai rujukan bagi melihat kemajuan, kekuatan dan kelemahan murid bagi membantu guru untuk merancang satu pengajaran yang berkesan untuk membantu murid tersebut. Oleh itu, penyediaan portfolio murid haruslah kemas dan sentiasa dikemas kini. Namun, ada di antara guru yang kurang peka terhadap penyediaan portfolio ini. Ketidakcekapan dalam penyediaan portfolio akan menyebabkan guru tidak tahu dan memahami sejauhmana kemajuan seseorang murid prasekolah itu.

Selain itu, isu dan cabaran dalam pentaksiran ini juga berlaku apabila guru memberikan alasan bahawa mereka mengalami kekangan masa. Pentaksiran kanak-kanak ini perlu dilakukan secara berterusan dan konsisten bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan tepat. Hal ini termasuklah melihat proses kerja, hasil kerja dan juga tingkah laku kanak-kanak tersebut. Kekangan masa juga menyebabkan guru tidak membuat perancangan dengan teliti dalam melaksanakan pentaksiran. Nor Hashimah dan Khadijah (2000) juga ada menyatakan dalam kajiannya bahawa guru tidak mempunyai masa membuat penilaiaaaan formatif terhadap pelajar ketika pelaksanaan Pendidikan Islam dan Moral di peringkat prasekolah.

Di samping itu, terdapat juga guru yang melakukan kesilapan dengan memberi interpretasi awal terhadap seseorang kanak-kanak. Interpretasi ini juga lazimnya disebabkan adanya sifat bias pada seseorang guru tersebut. Contohnya apabila seorang guru ingin melakukan pemerhatian tingkah laku terhadap seseorang kanak-kanak dan sudah beranggapan bahawa kanak-kanak itu sangat nakal dan bertingkah laku tidak baik. Interpretasi tidak cukup jika hanya melalui maklumat yang sedikit sahaja. Guru tidak seharusnya fokus pada satu kebolehan atau tingkah laku sahaja.

Pemilihan instrumen juga merupakan cabaran bagi seseorang guru dalam melaksanakan pentaksiran kanak-kanak di prasekolah. Pemilihan instrumen haruslah sesuai dengan perkara yang ingin difokuskan. Instrumen yang dibina dan dipilih haruslah mempunyai tujuaun yang jelas, item boleh diukur dengan jelas dan menepati apa yang hendak dinilai. Tidak semua kemahiran dapat diukur menggunakan satu intrumen sahaja. Pemilihan instrumen yang kurang sesuai akan menyebabkan guru sukar mendapatkan maklumat yang betul dan tepat. Dalam prinsip pentaksiran yang kedua seperti yang dinyatakan oleh Surayah dan Haslinda (2009), pentaksirain dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan tujuan penilaian dan hasil pembelajaran.

Selain itu, etika pentaksiran kanak-kanak prasekolah juga ada menyatakan panduan bagi menjaga rekod perkembangan dan kemajuan murid. Rekod murid seharusnya tidak boleh dipamerkan dan hail pemerhatian guru hanya boleh dibincangkan bersama pihak tertentu sahaja seperti ibu bapa, guru besar, pakar perubatan, pihak-pihak atau orang-orang yang berkenaan sahaja. Kebenaran ibu bapa atau penjaga murid perlu didapatkan untuk mengambil gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan. Hal in ibertujuan bagi menjaga dan menghormati murid berkenaan. Hasil pemerhatian yang direkodkan diberikan kepada ibu bapa atau penjaga pada akhir tahun. Hasil pentaksiran juga tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini, kebolehan dan kemajuaun murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Dengan melabel kanak-kanak pada peringkat umur ini akan menyebabkan kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga memerlukan motivasi. Oleh itu, guru perlu mengelak daripada melabel kanak-kanak.

Laporan merupakan rumusan yang dibuat oleh guru berdasarkan maklumat yang dikumpul dan analisis yang dibuat mengenai perkembangan murid secara menyeluruh dan spesifik. Pelaporan ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Laporan juga perlu menyeluruh merangkumi kepelbagaian kecerdasan, perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan nilai, potensi dan ketrampulan diri murid. Di samping itu, rumusan atau pelaoran juga perlu dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil analisis dan melalui kesemua instrumen serta penilaiaaaaan hasil kerja murid.

Sesetengah guru tidak memahami kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pentaksiran harus dijalankan secara menyeluruh merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua tunjang yang terdapat dalam KSPK termasuklah penerapan nilai, pembentukan sikap, penguasaan kemahiran, status kecergasan, status kesihatan  dan kesediaan sosial. Aktiviti kokurikulum dan ekstra -kurikulum tidak harus ditaksir berdasarkan pencapaian sahaja kepara pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti secara berdikari. Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambil kira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.

Dalam melaksanakan melaksanakan pentaksiran ini juga, guru perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Perancangan yang baik merangkumi aktiviti merancang, membina instrumen, menentukan kaedah pentaksiran dan seterusnya merekod maklumat yang dikumpul. Pentaksiran yang tidak dirancang dengan baik akan menyebabkan guru  tidak mendapat maklumat yang sahih dan terperinci mengenai murid yang dilihat. Hal ini juga berkait rapat dengan kemahiran guru dalam melaksanakan penilaian terhadap kanak-kanak prasekolah. Kekurangan kemahiran guru dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian ini akan menyebabkan guru mengalami masalah dalam menilai perkembangan murid. Hal ini dapat dilihat dalam kajian Mohamad (1993) dengan judul Tugas dan Masalah Guru Dalam Mengendalikan Kurikulum Prasekolah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 12 orang guru tadika dan 11 orang pembantu guru Tabika Perpaduan. Kajian ini mendapati bahawa guru haruslah mempunyai kemahiran bagi melaksanakaaan pentaksiran dan penilaian terutama dalam pemerhatian terhadap seseorang murid.

Isu dan cabaran seterunya adalah apabila guru hanya cenderung menunjukkan penilaian perkembangan akademik dan kognitif sahaja dalam pelaporan kemajuan kanak-kanak kepada ibu bapa berbanding aspek-aspek lain yang penting dan dititkberatkan seperti sahsiah, rohani, sosial, perkembangan jasmani dan komunikasi. Hal ini turut dinyatakan dalam kajian Rohaty (2003) dalam Surayah Zaidon iaitu guru lebih menumpu kepada perkembangan akademik dan kognitif. Kecenderungan melihat perkembangan dari aspek kognitif ini tidak mengamalkan secara menyeluruh objektif yang telah dinyatakan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi semua aspek kehidupan, antaranya ialah membina kecergasan badan, mempunyai tubuh badan yang sihat, mempraktikkan amalan kesihatan yang baik, mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri, menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar, mempunyai kematangan emosi dan sebagainya.

Konsep, Prinsip dan Etika dalam Pentaksiran dan Penilaian di Prasekolah


Pentaksiran didefinisikan sebagai aktiviti pengumpulan maklumat mengenai perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran kemajuan kanak-kanak di prasekolah bertujuan untuk mengetahui asas kekuatan dan kelemahan seseorang kanak-kanak itu secara praktikal dan bukannya teori semata-mata. Umumnya, pentaksiran dikatakan sebagai proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian. Penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekod, menganalisis dan melapor berdasarkan data atau maklumat yang telah diperolehi. Pelaksanaan pentaksiran dan penilaian di praasekolah ini melibatkan beberapa langkah-langkah penting bagi mengumpul maklumat mengenai perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai aspek termasuklah psikomotor, kognitif dan afektif. Pentaksiran dan penilaian ini juga dilakukan secara berterusan dan tidak formal bagi tujuan mendapatkan maklumat yang tepat serta memberi panduan kepada guru untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran juga dikatakan satu proses yang berterusan dan merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh seseorang guru bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat tindakan susulan bagi membantu memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Perkembangan potensi dalam ketiga-tiga domain ini adalah persediaan kepada kanak-kanak untuk ke sekolah rendah.

Pentaksiran di prasekolah merupakan satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentnag perkembangan murid bagi membentu seseoran guru membuat penilaian terhadap murid tersebut. Ini bertujuan untuk mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Pentaksiran dilaksanakan bukanlah bertujuan untuk melabel dan membandingkan murid-murid berdasarkan kemampuan dan keupayaan mereka yang berbeza-beza, tetapi ini bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid berkenaan.



::Terdapat tiga prinsip pentaksiran seperti yang dinyatakan oleh James H. McMillan (2000), iaitu:

  • Jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus
  • Konsisten
  • Inklusif dan adil

:: Manakala Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapat enam prinsip pentaksiran dan penilaian, iaitu :

  • Dijalankan secara berterusan
  • mempunyai perancangan strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan dan hasil penilaian.
  • Mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.
  • Memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian murid-murid
  • dilaksanakan secara tidak formal
  • dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokomentasi untuk membuktikan kesahihannya.

:: Antara prinsip lain bagi pentaksiran dan penilaian, ialah:

  • Berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan
  • Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum
  • Usaha menambahbaik serta perkembangan murid
  • menyediakan murid ke arah mengikuti pendidikan formal
  • Perlu ada tindakan susulan
  • Jalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dicontohi.

::Etika Pentaksiran::

Akta Pendidikan 1996, Seksyen 24, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Seksyen 24 - Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan Bab ini.

8.Rekod Kemajuan Murid
   
            Guru hendaklalh membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar berkenaan.


::Panduan Menjaga Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid Prasekolah::
  • Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak tertentu atau orang-orang berkenaan (ibu bapa, guru besar, pakar perubatan, pihak-pihak atau orang-orang berkenaan).
  • Rekod murid tidak boleh dipamerkan
  • kebenaran ibu bapa, penjaga murid perlu didapatkan untuk mengambil gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan.
  • Memastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu atau bapa di akhir tahun.

::Pelaporan::

Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapai murid. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:

  • Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
  • Laporan perkembangan murid seharusnya menyeluruh merangkumi kepelbagaian kecerdasan, perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan nilai, potendi dan keterampilan diri murid.
  • Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.

Nota Pendekatan Ibu bapa ( PRA 3123 )

Assalamualaikum n haii :)
Sempena hari peperiksaan yang semakin dekat ni... cik Qaseh nak share nota lah ehh.. especially for IPG Student :D







~Semoga membantu~
Gudluck



4 Nov 2014

Giveaway By Mamaniza.com


Assalamualaikum




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:



Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.

6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.

Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy

27 Oct 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih .

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

19 Oct 2014

Cuai! Kaki terseliuh..berapa lama nak baik???


Nak dijadikan satu cerita.......

Potong bebek angsa
masak di kuali
nona minta dansa
dansa empat kali
sorong ke kiri 
sorong ke kanan
lalalalalalala....

Dushhhh!!!
"Aduhhh"

entah di mana silapnya... tersedar diri sudah di anak tangga paling bawa... 
mula2 memang sakit sangat2....
tapi bila kawan2 ketawakan... sakit jugak perut sy gelakkan diri sendiri..
sampai sekarang masih kena usik ngan kawan2 kat kelas... aiiihhh
tu lah! cuai... sebok ja nyanyi x tengok jalan...

tau x sy jatuh macamna?? 
Gini lah kot tu... buku lali sy yang bengkak ni... omomo... ada bunyi prakk lagi..
menitis juga lah air mata jalan p bilik air pagi2... T.T

g hospital.. doktor bagi ubat sapu n ubat tahan sakit ja... hehe...
kalau x baik2 juga... kena jumpa doktor balik...
tapi berapa lama nak naik eh??? 


Masa untuk Blogwalking! Jaga2...


Assalamualaikum.... n hai... :)
ehem3...
hari ni malas nak cakap banyak... cuma nak bagitau...
malam ni Qaseh nak luangkan masa untuk BLOGWALKING...
siapa sasarannya???
yang pasti... penama2 kat bawah memang akan menjadi mangsanya... kekeke... 
macam jahat ja bunyinya... hehe..


thanks to Mister Linky's widget :))

k,, xnak buang masa... byeeee...

18 Oct 2014

Mini Giveaway by Syira Lokman


Assalamualaikum n haiii... :) 
jom join GA cik syira kita ni... 

Klik banner untuk join

Banyak hadiah menarik OK... :)

Bloglist October hingga Disember x 10 [Syira]
Novel Dia Sahabatku dan Mini Notebook x 1
Shawl manik juntai x 1
Slimfast 1 kotak x1
Lace handsock x 1
Sophie Magic Pink Cream
Blog review x 3
RM 5 x 1
Topup RM 10 x 2
Topup RM 5 x 3
Topup RM 10 x 3
Topup RM 5 x 2

dan

Hadiah Misteri x 2


TOP REFERRAL
Herbal Blend Multi-Purpose cream shaklee RM 27.50
Blouse x 1 [Maya]




Mula : 18 Oktober 2014
Tamat : 23 Oktober 2014 jam 6.am

11 Oct 2014

Jom Make Up dengan XiuXiu

Assalamualaikum n haiii :)
malam ni nak menyemak kat blog ni... hehe... nak cakap pasal make up...
sapa suka make up??? Actually,, saya x minat sangat bab2 make up ni.. cukuplah sekadar bedak and lip balm.. haha... tapi kannnn.... 
rasa macam tertarik pulak nak make up ni.. kenapa???
tengah usha2 blog cik Hazanis tadi... suka tengok gambar2 dalam blog tu.. cun!!
ada bagi link nak download aplication XiuXiu ni... ahaha.. so,, saya pun try lah...
nak tengok hasil kerja c XiuXiu ni???

rasa2nya,, mana yang asli??? hahahahaha... jangan ejek saya... 

sbenarnya msih explore benda ni... hehe.. jakun jugak lah... haha...
jom belajar make up guna XiuXiu... banyak lagi benda yang x explore lagi... hehe...
nak try jugak??? G sini..



29 Sept 2014

FIRST GIVEAWAY BY WNURASYIQIN


Assalamualaikum n hai...
jom eratkan silaturahim sesama blogger... jom join GA kawan kita ni.. :)

Klik banner untuk join



26 Sept 2014

Bookmark comel

Assalamualaikum n haii...
^___________^
Senang rasa hati... kenapa?? hehe... esok cuti!!! biasalah kan kalau hujung2 minggu macam ni... tapi bila dah tiba hari yang TAK dinanti....ISNIN.. emmm.. (no komen)
tapikan... bukan pasal esok cuti ja tau buat Qaseh rasa senang hati ni... sebenarnya Qaseh baru jak cek barangan pos Qaseh kat pejabat Am IPG tadi... 
Qaseh dapat bookmark comel... ala2 jepun gitu... suka100x...
Qaseh ingat2 balik... rupanya ni hadiah giveaway dari Ole-ole Kota Singa hari tu di blog Takaramono ... hehe.. Tenkiu... 


Tenkiu3x... 

Selamat malam dan berhujung minggu... 

19 Sept 2014

oH! Purple

Assalamualaikum... n hai.. selamat petang.. <3
penat
baru siap kemas bilik purple Qaseh... haha... part Qaseh ja yang purple.. rumet Qaseh warna pink tau!
macam budak2... ye ke budak? budak2 ja yang boleh suka pink n purple?? x OK..
cerita pasal tentang warna ni... time Qaseh tengah search something lah kat mr.google... jari ni gatal pulak tekan "cute purple bedroom".. haha.. bukannya... tengah fening ni nak kemas bilik yang tak berpa nak kemas ni (bukan bersepah ok).. tak kemas ja... hihi... so, Qaseh carilah ilham kat internet... rambang jugak lah mata ni tengok bilik purple yang kiut miut tu... tambah pening..






cantik kan? cantik kan??? hehe...

15 Sept 2014

Bosan!


Assalamualaikum... dan hai.. :) I'm back! ... macam ada yang kesah... haha....pa2 ja lah....hehe... sebenarnya ni kan.. rasa bessstt sangat...sebab....sebab apa??? sebab praktikum fasa 2 ni dah habisss!! yeah! setelah dua bulan bertungkus-lumus buat rancangan pengajaran dan bahan bantu... tidur dengan buku RPH dan laptop... akhirnya lepas juga.. hidup lagi kan.. Alhamdulillah... ehehe... sekarang bolehlah rest sikit dari segala keja dan stress yang selama ni setia menemani... penyebab segala jerawat comel kat muka yang comel ni.. plez,,, jgn stress baca...bagi lah can.. orang tengah bahagia ni... hehehe.. tapi jgn bahagia sangat.. lupa dah dengan MR. A??? bukan Mr.Arrogant... yg tu memang dan sentiasa diingat.. hahaha.... tapi yg ni adalah MR ASSIGNMENT... hah! T.T x sentuh lagi pun.. tajuk entry bukan main.. BOSAN! mcm xda keja kan... padahal assignment berlambak lagi x buat... cuti seminggu ni pun bukannya lama... pejam celik pejam celik.. nah kau! It's MONDAY! Barulah terhegeh-hegeh buat benda tu semua... kena lagi time laptop or printer buat hal.. haha! Itulah kehebatanya feeling buat keja last minit... 

*PERINGATAN: Berhati-hati dengan laptop atau printer anda! Dia tau korang buat keja last minit  tau terutama bila korang tengah rushing... 'they smell your fear...'(Whisper) hahaha... 

kan.. dah cakap...

ok lah... xtau dah nak tulis apa... malam ni memang bosan.. ikhlas dari hati...B.O.S.A.N. kawan yang lain balik rumah... ada yang g hangout... bila kawan ajak,, xnak pula... alasan nak buat keja lah.. assignemnt lah... x buat2 juga pun.. :P 
apa lah yang saya melalut malam2 ni.. ya lah kan... dah lama x melalut d blog kesayangan ni... huhu..
ok stop! Selamat malam..
*haha.. gitu ar penutup entry kali ni..

3 Sept 2014

Bengkel Membina Alat Bantu Mengajar Bersama Ibu Bapa


Assalamualaikum... n haiii.. :))
untuk pembuka bicara kali ni sya nak katakan...

yessss!!!! projek pertama kat sekolah DONE!! :D
projek ni merupakan kerjasama antara kami (saya & my rakan praktikum, Miss Elly) bersama guru prasekolah (Cikgu Fadzalah) dan pembantu pengurusan murid (Kak Mimi) kat prasekolah SK Bolong, Tuaran. x lupa jugak rakan2 praktikum yg lain... noni, adeq, naza, sue, jiji and lenny.. :D
Baiklah!! izinkan saya terangkan secara skema tentang projek ini berdasarkan kertas kerja kami... hahaha..

PENGENALAN
Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan pengendalian serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu melicinkan komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen pentin yang memudahkan komunikasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja guru-guru yang perlu menyediakan bahan-bantu mengajar, tetapi ibu bapa juga perlu melibatkan diri dan membantu menyediakannya dalam pendidikan dari rumah. Bengkel Alat Bantu Mengajar ini akan membantu ibu bapa menguasai pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah yang lebih efektif.


MATLAMAT
Pendidikan adalah satu proses pembelajaran secara berterusan. Pembelajaran kanak-kanak seharusnya bermula dari rumah.  Setiap individu dianggap sebagai satu organisma yang aktif serta boleh mengubah arah perkembangannya dengan peluang yang diberikan. Pendidikan tidaklah terhad kepada perkembangan kebolehan mental sahaja tetapi merangkumi semua aspek individu seperti jasmani, rohani, sosial dan moral. Oleh itu, pelaksanaan Bengkel Membina Alat Bantu Bersama Ibu bapa ini dapat memberi pengetahuan dan maklumat yang penting kepada ibu bapa untuk membentuk sikap dan amalan yang positif dalam kalangan kanak-kanak dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang menyeluruh kepada kanak-kanak. 

OBJEKTIF
  • Mendedahkan ibu bapa tentang kepentingan melibatkan diri dalam pembelajaran kanak-kanak di rumah.
  • Memberi pendedahan kepada ibu bapa cara menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat membantu untuk perkembangan pembelajaran anak mereka.
  • Mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan kakitangan sekolah dan juga Prasekolah SK. Bolong, Tuaran.

ok, dah!
rajin2,, scroll lah ke bawah untuk lihat antara aktiviti2 yang sempat didokumentasikan... :)))


Ibu bapa mengambil bahan-bahan





Aktiviti membina bahan bantu mengajar pun bermula....










Membentang hasil kerja... :)) boleh tahan... 






Antara bahan bantu dan hasil kerja murid yang dipamerkan...







budak nakal.. :P


k lah.. tu jak... hehehe... byeee...
next project... coming soon... 




Leave Your Link :) Jom Blogwalking!