Assalamualaikum... n haiii.. :))
untuk pembuka bicara kali ni sya nak katakan...
yessss!!!! projek pertama kat sekolah DONE!! :D
projek ni merupakan kerjasama antara kami (saya & my rakan praktikum, Miss Elly) bersama guru prasekolah (Cikgu Fadzalah) dan pembantu pengurusan murid (Kak Mimi) kat prasekolah SK Bolong, Tuaran. x lupa jugak rakan2 praktikum yg lain... noni, adeq, naza, sue, jiji and lenny.. :D
Baiklah!! izinkan saya terangkan secara skema tentang projek ini berdasarkan kertas kerja kami... hahaha..
PENGENALAN
Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan pengendalian serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu melicinkan komunikasi dua hala di antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen pentin yang memudahkan komunikasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja guru-guru yang perlu menyediakan bahan-bantu mengajar, tetapi ibu bapa juga perlu melibatkan diri dan membantu menyediakannya dalam pendidikan dari rumah. Bengkel Alat Bantu Mengajar ini akan membantu ibu bapa menguasai pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di rumah yang lebih efektif.
MATLAMAT
Pendidikan adalah satu proses pembelajaran secara berterusan. Pembelajaran kanak-kanak seharusnya bermula dari rumah. Setiap individu dianggap sebagai satu organisma yang aktif serta boleh mengubah arah perkembangannya dengan peluang yang diberikan. Pendidikan tidaklah terhad kepada perkembangan kebolehan mental sahaja tetapi merangkumi semua aspek individu seperti jasmani, rohani, sosial dan moral. Oleh itu, pelaksanaan Bengkel Membina Alat Bantu Bersama Ibu bapa ini dapat memberi pengetahuan dan maklumat yang penting kepada ibu bapa untuk membentuk sikap dan amalan yang positif dalam kalangan kanak-kanak dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang menyeluruh kepada kanak-kanak.
OBJEKTIF
- Mendedahkan ibu bapa tentang kepentingan melibatkan diri dalam pembelajaran kanak-kanak di rumah.
- Memberi pendedahan kepada ibu bapa cara menghasilkan bahan bantu mengajar yang dapat membantu untuk perkembangan pembelajaran anak mereka.
- Mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan kakitangan sekolah dan juga Prasekolah SK. Bolong, Tuaran.
ok, dah!
rajin2,, scroll lah ke bawah untuk lihat antara aktiviti2 yang sempat didokumentasikan... :)))
Ibu bapa mengambil bahan-bahan
Aktiviti membina bahan bantu mengajar pun bermula....
Membentang hasil kerja... :)) boleh tahan...
Antara bahan bantu dan hasil kerja murid yang dipamerkan...
budak nakal.. :P
k lah.. tu jak... hehehe... byeee...
next project... coming soon...
waaahhh macam menarik pulak proses mengajar ni. hehe
ReplyDeletemenarik mmg menarik .. hehe... tapi tahan hati je la.. bnyk btul cabaran
Deletebagusnya. abm ni pentingkan
ReplyDeleteyuppp..mmang sangat penting.... :)
Delete