Sweet Followers


Cik Qaseh Visitors

AmazingCounters.com

5 Nov 2014

Konsep, Prinsip dan Etika dalam Pentaksiran dan Penilaian di Prasekolah


Pentaksiran didefinisikan sebagai aktiviti pengumpulan maklumat mengenai perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Pentaksiran kemajuan kanak-kanak di prasekolah bertujuan untuk mengetahui asas kekuatan dan kelemahan seseorang kanak-kanak itu secara praktikal dan bukannya teori semata-mata. Umumnya, pentaksiran dikatakan sebagai proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian. Penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat, merekod, menganalisis dan melapor berdasarkan data atau maklumat yang telah diperolehi. Pelaksanaan pentaksiran dan penilaian di praasekolah ini melibatkan beberapa langkah-langkah penting bagi mengumpul maklumat mengenai perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dalam pelbagai aspek termasuklah psikomotor, kognitif dan afektif. Pentaksiran dan penilaian ini juga dilakukan secara berterusan dan tidak formal bagi tujuan mendapatkan maklumat yang tepat serta memberi panduan kepada guru untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran juga dikatakan satu proses yang berterusan dan merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh seseorang guru bagi mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat tindakan susulan bagi membantu memperkembangkan potensi murid sepenuhnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Perkembangan potensi dalam ketiga-tiga domain ini adalah persediaan kepada kanak-kanak untuk ke sekolah rendah.

Pentaksiran di prasekolah merupakan satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat tentnag perkembangan murid bagi membentu seseoran guru membuat penilaian terhadap murid tersebut. Ini bertujuan untuk mengenalpasti tindakan susulan yang sesuai untuk membantu murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Pentaksiran dilaksanakan bukanlah bertujuan untuk melabel dan membandingkan murid-murid berdasarkan kemampuan dan keupayaan mereka yang berbeza-beza, tetapi ini bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid-murid berkenaan.



::Terdapat tiga prinsip pentaksiran seperti yang dinyatakan oleh James H. McMillan (2000), iaitu:

  • Jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus
  • Konsisten
  • Inklusif dan adil

:: Manakala Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapat enam prinsip pentaksiran dan penilaian, iaitu :

  • Dijalankan secara berterusan
  • mempunyai perancangan strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan dan hasil penilaian.
  • Mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran.
  • Memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian murid-murid
  • dilaksanakan secara tidak formal
  • dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokomentasi untuk membuktikan kesahihannya.

:: Antara prinsip lain bagi pentaksiran dan penilaian, ialah:

  • Berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan
  • Membantu murid mencapai perkembangan secara optimum
  • Usaha menambahbaik serta perkembangan murid
  • menyediakan murid ke arah mengikuti pendidikan formal
  • Perlu ada tindakan susulan
  • Jalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dicontohi.

::Etika Pentaksiran::

Akta Pendidikan 1996, Seksyen 24, Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Seksyen 24 - Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan pendidikan Bab ini.

8.Rekod Kemajuan Murid
   
            Guru hendaklalh membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar berkenaan.


::Panduan Menjaga Rekod Perkembangan dan Kemajuan Murid Prasekolah::
  • Segala hasil pemerhatian hanya boleh dibincang dengan pihak tertentu atau orang-orang berkenaan (ibu bapa, guru besar, pakar perubatan, pihak-pihak atau orang-orang berkenaan).
  • Rekod murid tidak boleh dipamerkan
  • kebenaran ibu bapa, penjaga murid perlu didapatkan untuk mengambil gambar dan merakam video yang melibatkan murid berkenaan.
  • Memastikan segala rekod pemerhatian diberikan kepada ibu atau bapa di akhir tahun.

::Pelaporan::

Pelaporan adalah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai, sikap dan pencapai murid. Perkara yang perlu diberi perhatian semasa pelaporan adalah seperti berikut:

  • Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan guru dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
  • Laporan perkembangan murid seharusnya menyeluruh merangkumi kepelbagaian kecerdasan, perolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran, penerapan nilai, potendi dan keterampilan diri murid.
  • Rumusan hendaklah dibuat berdasarkan maklumat daripada hasil analisis data melalui kesemua instrumen serta penilaian hasil kerja murid.

1 comment:

Leave Your Link :) Jom Blogwalking!