Alhamdulillah... hujan turun di kampung Qaseh... minum teh susu dengan biskut tiger best jugak ni... Baiklah,,, Qaseh xnak merapuh panjang2.. Qaseh saja nak tunjukkan gambar2 masa pegi Indonesia dulu...Baru-baru ni Qaseh ada temankan mak buat passport sebab c mama ni nak pegi sana jugak bulan 5 ni (T.T.. kiteeewww x dibawa),, tu pasal lah yg kononnya nak throwback ni.. kahkahkah... lagi pon saja jakk nak share pengalaman pertama di negara orang... hihihi... sebenarnya tujuan utama ke Indonesia dulu tu adalah untuk buat benchmarking... bukan jalan untuk suka-suka tauu... tapi lepas dah selesai semua urusan benchmark...lepastu memang semua suka lah... suka100x... jom kita enjoyyy!!..
(A Journey of Education) Ceehwahh.. tu tema lawatan kami... gambar ni diambil pada hari kami bertolak ke INDONESIA. Alhamdulillah... Allah melindungi dan permudahkan perjalanan kami. :)
Dan kami pun tiba di Indonesia....
Tadaaaa.... Qaseh belanja gambar Kota Jakarta sikit...
Gambar-gambar ni yg sempat diambil masa dalam bas dalam perjalanan dari Jakarta ke Bandung.. Jauh perjalanan perut pun lapar.... kitorang pun singgah lah ke restoran.
Sedap tak??? Ini masakan sunda. Alhamdulillah...kenyang.. nak tahu harga dia?? Qaseh pun xtahu..hihi.. sorry,, sebab kitorang x bayar apa2 pun kat restoran ni... betul! Seriously.. haha.. Memanglah x bayar..sebab semua tu sudah termasuk dalam pakej yg kitorang dah bayar... pakej tu termasuklah hotel, makan, bas dan perkhidmatan pak Budi sekali... dalam RM 683 sorang (kalau x silaplah... kalau silap pun, angka yg ketiga tu ja yg silap) untuk 6 hari 5 malam.
Dah siap makan, kitorang pun sambung balik perjalanan ke Bandung... jauh tau perjalanan... yang tengah berdiri n pegang mic tu,,hahh tu lah guide kitorang, Pak Budi namanya. Qaseh tabekk lah dengan orang macam Pak Budi ni sebab beliau tahu serba serbi pasal negara diorang ni tau. Dalam perjalanan ni Qaseh banyak tido ja.. heee
Sampaiiii... Welcome to Bandung.. Sebelum Pak Budi bawa kitorang pegi hotel, kitorang singgah jap... singgah shopping kat kedai baju...hahahaa.. Jom lah cuci mata.
Classmate & Lecturer
Lepas habis ja shopping... Pak Budi bawa jalan ke...ke mana eh???
ke 'RUMAH MODE'
Classmates...cantik2 baju kat sana... tapi harga pun cantekk! Hehe
Kat bawah ni gambar di sekitar kawasan Rumah Mode
Lepas jalan2 cuci mata kat Rumah Mode, kitorang pegi makan kat restoran... tapi sebelum masuk restoran tu, beli-belah pulak... apahal??? Ada shopping mall ka depan restoran? Hihi... bukan shopping mall, tapi ada penjual kat luar restoran tu (nak panggil apa eh? Nak cakap penjual tepi jalan macam tak berapa nak sesuai pulak.. let's say penjual kecil-kecilan lah ya..
Kat bawah ni gambar di sekitar kawasan Rumah Mode
Tengok gambar kat atas tu...(yg baju biru ada nampak macam penjual x? haha,, yg tu bukan penjualnya..itu classmate kitorang).. hehe.. Penjual2 ni bukan saja berjual di kawasan depan restoran,, tapi kat hotel jugak tau.. Tengok tu, betapa susah payah diorang cari rezeki. Anyway, dari korang ja mau beli ka x. kalau xmau beli tolak dengan cara baik :). Qaseh ada juga beli, beli keychain. Ok dah! Perut lapar masuklah ke restoran... udah2 lah tu belanja sakan.
Pensyarah kitorang pun dah penat dah... tunggu kitorang yg di luar tuuu... nampak tak di hujung sana tu... di sebalik cermin tu...
Antara lauk-pauk yang dihidangkan... oh ya, yang ni masakan Padang... agak pedas jugak lah..
Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati... haha, masa untuk pegi hotel.. nama hotel tempat kami menginap ialah Hotel Citra Dream.
Dah,, habis dah untuk hari tu... ZZzzzz
Pada keesokan harinya... kitorang bersiap-siap untuk melawat ke destinasi utama kami di sini... di mana?
Korang rasa kami kat mana ni???
Inilah dia Universiti Pendidikan Indonesia (UPI).
Kalau korang nak tahu,, semua yang pakai baju biru tu adalah geng power rangers biru... kahkahkah... kitorang kumpulan unit prasekolah sebenarnya (cikgu prasekolah.. hehe)... Datang ke UPI pun nak melawat bahagian Fakulti Pendidikan Awal Kanak-kanak (Indonesia: Pendidikan Anak Usia Dini)
Terima kasih!! :D
Masa kami sampai tu.. kami pun disajikan dengan persembahan tarian tradisional kat sana.. tarian merak namanya.
Cantik kan baju dia??? serupa merak gituu.. hehe
Selesai tarian merak dan suai kenal... kitorang pun start lah sesi perkongsian tentang pendidikan di Malaysia n Indonesia khususnya di institusi masing-masing.
Penyampaian cenderahati kepada wakil UPI.
Lepas selesai ja semua... kitorang gambar2 lah sikit.
Bergambar dengan pelajar UPI.. yang belah kiri bertudung litup semua tu adalah pelajar pasca sarjana kat sana...
Dah puas bergambar, kitorang nak pegi kolam air panas pulak.. tapi sebelum tu.. apa yang penting??? MAKAN.. nyumm..nyum.. Di mana nak makan??
Di siniii...
Dua power rangers biru jadi model restoran ni... "Wilujeng Sumping Balibu"
Bukan ni ja... ada lagi tapi belum sampai.. haha.
Perkara pertama yang perlu dibuat sebelum makan.... Doa atau ambil gambar?? Hahaha
Lepas makan, barulah kitorang ke kolam air panas.
Di luar kawasan air panas tu ada kedai2 kecil jual sourvenir..
*****
Gambar kat bawah ni pula adalah next destinasi selepas kolam air panas.
"Cihampelas Walk"
Puas jalan-jalan untuk hari tu, kaki pun sakit.. seharian berjalan kannn... kalau korang nak tahu, Qaseh guna selipar jepun ja yang Qaseh beli di kolam air panas. Malas tukar kasut, selesa sikit guna selipar.. haha.. k, dah? Kalau dah,, balik hotel... tido.. Zzzz...
Esoknya apa pula eh???
Esoknya, kitorang masih melaksanakan misi... Misi apa?? Misi menjulingkan mata sekitar Bandung. Untuk hari tu, Pak Budi bawa kitorang pegi ke Pasar baru. Kitorang dah plan pun nak pegi sini. Dari hotel lagi Qaseh dah aim kain2 baju dan telekung. Dalam Pasar Baru ni banyak sangat kedai dan lantai/tingkat. Kalau jalan sorang2,, first time lagi... boleh sesat kot. Macam Qaseh n kawan2 (Qayuum n Asly... jgn marah sy mention nama korang) x jumpa jalan keluar.. tup tup keluar kat bahagian lain. Apa2 pun, yang penting jangan syok sangat, jaga beg tangan baik2 ehh.. hihi.. xda foto-foto kat Pasar Baru.. lupa ambil gambar sebab semua sibuk shopping.. hahaha..
Dendangan lagu dari INDONESIA :)
Lepas dari Pasar Baru, kitorang pegi ke Trans Studio Bandung..
Tiket masuk ke sini lebih kurang rp250 000 hingga rp300 000 seorang. Tapi kitorang bayar
rp145 000 ja (kalau x silap) sebab kitorang beli tiket kat hotel tempat kitorang menginap (Hotel Citra Dream)
Ok! Kalau kat sini malas ceta lahh... biar gambar yg bicarakan betapa bestnya kat sini.. :D
Gambar di atas ni adalah kaunter untuk topup kad.. kad khas yang digunakan untuk proses jual beli kat dalam ni. Untuk pengetahuan semua, dalam ni x guna cash tau kalau nak beli itu ini... beli makanan ka.. beli cenderahati ka... apa-apa pun, xguna cash. Kitorang topup ja kad tu. Macamna nak dapatkan kad? Beli... Harga?? Kalau korang bagi rp50 000, chasier akan bagi kad dan dalam kad tu akan ada rp40 000.. so, harga kad tu dalam rp10 000 ja lah.. hihi.. tapi sekarang xtahu pulak...
K dah, habis dah ceta kat Trans studio,,, lepas ja kat sini, kitorang balik makan & tidoo....
Maka, berlalulah hari-hari gembira di Kota Bandung... sebab
Esoknya kami bertolak ke Jakarta melalui jalan Puncak.
Singgah makan...
Sampai ja Jakarta, kitorang pegi hotel terus (iya meh?? X ingat sudah.. bahahaha)
Nama hotel tu"Big Hotel".
Dah,,, Zzzzzz
Ceta esoknya pulak,, apa lagi, jalan2 Jakarta lahhh,, hihi. Hari tu adalah hari terakhir kitorang enjoyy.. dan kami pun jalan2 lah ke Monas Tower.
Nampak x Monas Tower??? hihi...
Ada lagi sebenarnya tempat2 yg kitorang pegi tapi xda dah nak ambil gambar... hihi..
**Habis dah ceta kat Jakarta**
Malam tu kitorang rehat2 kat hotel n packing barang2 sebab flight kitorang pukul 5 lebih (pagi) n kitorang kena bertolak lebih kurang pada pukul 2 pagi dari hotel ke airport...
Baiiii Indonesia.... sampai ketemu lagi....
In syaa Allah
The End
Wahh.. mesti bestkan dapat berjalan sakan.. tempat pun macam best2 jee
ReplyDeleteJauh perjalanan..bnyk pengalaman
ReplyDelete