Jurnal
Praktikum Minggu Pertama Praktikum 1
SK
Mengkabong, Tuaran
a)
Tarikh
b)
Masalah
Pada minggu pertama di SK Mengkabong, masalah yang saya
ingin fokuskan adalah masalah tingkah laku. Saya melihat sesetengah murid
prasekolah Dua yang saya ajar tidak mengambil perhatian terhadap pengajaran
guru dan bercerita semasa guru mengajar. Selain itu, ada juga murid yang suka
bercerita dan berjalan ke tempat sudut
lain semasa guru mengajar. Hal ini mengganggu pengajaran guru yang dijalankan.
c)
Analisis
Masalah
Saya telah mencuba kaedah dengan memberi peneguhan
positif kepada murid-murid. Dengan menggunakan kaedah ini iaitu memberi pujian
dan galakan apabila mereka berkelakukan baik, murid-murid prasekolah ini boleh
mendengar cakap guru. Secara keseluruhannya, hanya ada 3-4 orang murid sahaja
yang perlu diberi perhatian yang lebih agar tumpuan mereka tidak lari daripada
pengajaran.
d)
Cadangan
Dalam mengatasi masalah murid-murid prasekolah Dua yang
sedikit mempunyai masalah tingkah laku ini, guru perlu banyak menggunakan
kaedah peneguhan positif. Salah satunya adalah sistem token. Dengan cara ini,
ianya dapat memotivasikan murid untuk belajar dan mendisiplinkan murid. Melalui
sistem token ini juga, murid-murid akan berlumba-lumba untuk menambahkan jumlah
token mereka dengan menunjukkan kelakukan yang baik dan diingini oleh guru.
e) Tempoh
penyelesaian
Masalah ini akan diatasi secara beransur-ansur sepanjang
latihan praktikum di sekolah ini.
f) Tindakan
susulan
Jika cara menangani masalah tingkah laku ini masih
berlaku, guru akan mempelbagaikan bahan rangsangan dalam pengajaran seperti
bahan bantu mengajar yang menarik serta strategi dan teknik pengajaran yang
pelbagai. Pemerhatian terhadap tingkah laku murid akan dijalankan dari semasa
ke semasa.
Tandatangan Guru Pelatih,
_______________________
( HAFIZAH BINTI OTHMAN )
Tandatangan Pensyarah Pembimbing,
________________________________
( )
terima kasih, format jurnal yng sgt membantu...Ehh buat apa tu??...hahaha...
ReplyDelete